Portal Rasmi Kolej Tun Hussein Onn

 Disiplin Asas Kecemerlangan

Kolejku Kediamanku, Kediamanku Kebanggaanku

“Sesi 2016/2017 bakal menjelma dan Kolej Tun Hussein Onn mengalu-alukan ketibaan mahasiswa baharu. Terlebih dahulu, setinggi-tinggi tahniah diucapkan untuk mahasiswa yang terpilih untuk menyambung pelajaran ke Universiti Kebangsaaan Malaysia, sebuah universiti yang mengangkat tinggi kedaulatan bahasa dan semangat kebangsaan.

Kolej Tun Hussein Onn, atau lebih dikenali sebagai KTHO merupakan kolej yang sinonim dengan idea disiplin sebagai asas kecemerlangan. KTHO menjadi penempatan untuk Pasukan Latihan Pegawai Simpanan, atau PALAPES, sebuah unit beruniform yang terkenal dengan keperluan disiplin dan ketahanan mental serta fizikal yang tinggi.

Sebagai seorang mahasiswa, disiplin merupakan aspek terpenting dalam menjalani rutin harian, dan KTHO menyediakan peluang mahasiswa untuk mencabar potensi diri sebagai persediaan sebelum menghadapi cabaran hidup pada masa hadapan. UKM, sebagai universiti yang dibina dengan semangat kebangsaan dari rakyat, dan telah menjadi visi universiti ini untuk menghasilkan graduan yang mampu menjadi memberi semula kepada masyarakat dengan menjadi penggerak kepada kemajuan negara.

KTHO sebagai salah sebuah kolej tertua di Universiti Kebangsaan Malaysia mengutamakan kecemerlangan akademik seiring dengan pembinaan sahsiah unggul. Menginap di KTHO pasti akan menjadi pengalaman terbaik anda sepanjang pengajian anda di UKM.

Sekali lagi, saya ucapkan tahniah dan selamat datang kepada bakal mahasiswa/i UKM,”