Malam Interaksi Kolej Tun Hussein Onn

dsc_0208

8 Disember 2016 – Malam Interaksi Kolej Tun Hussein Onn di bawah seliaan Eksekutif Pentadbiran, Eksekutif Intergrasi Perpaduan Kaum (IPK) serta Eksekutif Kebudayaan dan Warisan telah diadakan dengan gilang gemilang pada 8 Disember 2016. Dengan wawasan untuk menyatupadukan penghuni Kolej Tun Hussein Onn, pelbagai persembahan dari pelbagai kaum telah diadakan dan mendapat sambutan yang meriah dari warga kolej. Pelbagai jamuan daripada kaum-kaum yang terdapat di Malaysia juga dihidangkan.

Kolej Tun Hussein Onn menjunjung tinggi semangat perpaduan sebagai teras kemajuan negara, dan majlis seperti ini diharapkan dapat memupuk semangat kebersamaan walaupun berbeza bangsa dan agama.