MESYUARAT PENTADBIRAN (BIL 3/2016.2017)


Lt. Kol. Prof. Madya Dato’ Dr. Samsu Adabi Bin Mamat, pengetua Kolej Tun Hussein Onn bersama barisan Felo dan MEP telah mengadakan Mesyuarat Pentadbiran untuk kesekian kalinya bagi membincangkan perjalanan dan perancangan organisasi pentadbiran KTHO. Pelbagai isu keselamatan dan hal ehwal penghuni kolej telah diutarakan dan dibawa ke tengah untuk diselesaikan.

Mesyuarat yang berlangsung hampir 3 jam merupakan satu inisiatif kolej untuk terus memantapkan operasi kolej agar keselesaan penghuni dapat dimaksimakan dengan baik.