Bengkel Photography and Videography

Pada 5 November 2017, Sekretariat Information and Communication Technology (ICT) telah
menganjurkan sebuah program iaitu program Bengkel Photography and Videography yang telah
dikendalikan oleh Muhammad Danial Najmi bin Ronizan, iaitu Ketua Pengarah bagi program
ini sambil dibantu oleh 15 orang ahli jawatankuasa Sekretariat ICT sendiri. Bengkel ini diadakan
bagi mendedahkan kepada para peserta tentang cara-cara penggunaan Lightroom & Premier Pro dengan cekap berdasarkan teknik-teknik yang betul. Bengkel ini telah mendapat sambutan yang
sangat meriah dimana seramai 24 orang peserta telah menyertainya dan bengkel ini telah
diadakan di Bilik Aktiviti Pelajar, Kolej Ungku Omar.