BENGKEL PHOTOSHOP DAN ILLUSTRATOR

Sekretariat Information and Communication Technology (ICT) Kolej Ungku Omar telah
menganjurkan sebuah bengkel Adobe Photoshop dan Illustrator yang terbuka kepada
semua warga Kolej Ungku Omar yang bertempat di bilik aktiviti kolej pada 29 Oktober
2017 yang lalu. Bengkel yang berlansung selama sehari tersebut telah mendapat
sambutan baik, di mana 30 orang peserta telah menyertai bengkel tersebut dan turut
dibantu oleh 15 orang urusetia yang juga merupakan ahli sekretariat ICT yang telah
membantu untuk melaksanakan dan melancarkan lagi program ini.