Debat Piala Naib Canselor dan Pidato Timbalan Naib Canselor 19/20

Kolej Ungku Omar telah menyertai pertandingan Debat Naib Canselor dan Pidato Timbalan Naib Canselor 19/20 anjuran Urusetia Pengucapan Umum (UPU) di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian (FSSK) dan Pusanika. Pusingan akhir pertandingan Debat Naib Canselor diadakan di Persada Canselori. Debat Bahasa Melayu berjaya meraih tempat ke-10. Untuk Debat Bahasa Inggeris, Kolej Ungku Telah dinobatkan sebagai juara dengan pendebat terbaik, saudara Matthew juga daripada Kolej Ungku Omar. Pencapaian terbaik selama dua tahun berturut-turut untuk Debat Bahasa  Inggeris. Wakil pidato Kolej Ungku Omara berjaya melangkah ke final dan meraih tempat keempat. Tahniah diucapkan kepada peserta Debat Piala Naib Canselor dan Pidato Timbalan Naib Canselor 19/20 Kolej Ungku Omar.