FESTER’18

Pada 15 Disember 2018, kesemua kolej dijemput untuk menghadiri malam penyampaian

anugerah kepada para pemenang. Alhamdulillah Kolej Ungku Omar telah memenangi 4

anugerah dan berjaya merangkul gelaran juara bagi FESTER 2018. Kelab Sepet juga telah

memenangi anugerah busana terbaik, pelakon lelaki terbaik, pelakon harapan lelaki terbaik

dan pelakon pembantu wanita terbaik.

Secara keseluruhannya, Festival Teater 2018 ini memberi banyak kebaikan untuk pelbagai

pihak terutamanya ahli kelab Sepet. Kelebihan tersebut merangkumi pelbagai aspek

terutamanya dari segi pembelajaran sepanjang hayat dan pemikiran kritis di samping

memupuk sikap positif dalam kalangan ahli produksi seperti toleransi, kerjasama dalam

kumpulan serta bertolak ansur sesame ahli. Semoga pengalaman yang ditimba daripada

program ini dapat diaplikasikan dalam program-program akan datang.