Hari Interaksi Kelab Iqra’ 19/20

Kelab Iqra’ merupakan sebuah kelab yang telah lama bertapak di Kolej Ungku Omar dan bernaung di bawah Majlis Ehwal Pelajar Kerohanian. Hari interaksi kelab diadakan bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan antara ahli ahli kelab baharu dengan cara bermain permainan yang menguji daya fikiran dan juga kerjasama mereka. Dengan bertemakan slogan ‘Jalinan ukhuwah permulaan segalanya’ hari interaksi kelab ini telah berjaya menarik seramai 70 orang peserta dan pada tahun ini hari interaksi kelab telah turut diwarnai dengan kehadiran peserta bukan islam buat pertama kalinya. Dibantu oleh barisan ahli kelab yang terdahulu, hari interaksi kelab dapat berjalan dengan lancar dan matlamat program turut tercapai.