Minggu Mesra Mahasiswa (3M) 2017

Minggu Mesra Mahasiswa secara umumnya diadakan pada setiap minggu pertama kemasukan pelajar baru ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Setiap pelajar pengambilan baru UKM beserta ahli Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) di setiap kolej UKM akan terlibat dalam keseluruhan program Minggu Mesra Pelajar. Pada minggu pengenalan ini, para pelajar tahun satu akan dibantu oleh pemudah cara yang terdiri daripada ahli MEP dan beberapa Pemudah Cara (PC).

Dalam minggu ini, telah disertakan beberapa program khas untuk merapatkan ukhwah antara pelajar. Antaranya ialah makan malam MMM yang mana akan diadakan pada malam terakhir Minggu Mesra Mahasiswa yang bertujuan untuk memudahkan para pelajar berkenalan antara sesama mereka serta mengiktiraf sumbangan awal pada peringkat awal MMM