PROGRAM PENGHAYATAN QURAN

Pada tarikh 26 Februari 2018 Kelab Iqra’ telah mengadakan satu Program Penghayatan Quran
dijalankan di Masjid UKM dan dianjurkan oleh Pusat Islam UKM. Program ini telah memberi manfaat kepada mahasiswa/siswi serta masyarakat dalam mendalami sedikit sebanyak ilmu mengenai jodoh dan kematian. Penceramah jemputan merupakan orang yang tidak asing lagi dikalangan pelajar iaitu Ustazah Fatimah Syarha dan suaminya Doktor Farhan Hadi. Kedua-duanya mempunyai ilmu pengetahuan yang luas tentang tajuk tersebut dan banyak menyampaikan ceramah di tempat-tempat lain.