KOLEJ UNGKU OMAR

 KUO

PROFIL KOLEJ

Kolej Ungku Omar dibina pada 23 Jun 1976 dan siap pada 7 Januari 1978 dengan keluasan 220 kaki persegi. Kolej Ungku Omar mempunyai 4 blok asrama, 23 blok pangsasiswa dan 3 blok pangsarama yang mampu menempatkan seramai 1024 orang penghuni. Dengan akronim KUO, kolej ini dinamakan sempena seorang tokoh perubatan negara – Allahyarham Prof. Dato’ Dr. Ungku Omar bin Ahmad.

SIAPAKAH UNGKU OMAR?

Beliau dilahirkan pada 18 Januari 1931 di Johor Bahru dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kluang. Beliau adalah seorang yang prolifik menghasilkan 40 kertas kerja dalam bidang perubatan. Prinsip “kesihatan itulah kemajuan” dan “tak sihat manakan maju” telah ditegaskan oleh beliau sendiri ketika memperjuangkan bahasa Melayu dalam perubatan Negara.

 

 

Translate »