KOLEJ UNGKU OMAR

 KUO

Soalan Lazim : PEMBELAJARAN

  1. Adakah semua kursus di UKM menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium pengajaran?

UKM adalah sebuah universiti yang ditubuhkan disebabkan hasrat rakyat untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Oleh itu bahasa ini menjadi bahasa pengantar utama. Dalam masa yang sama, UKM menyedari keperluan bahasa antarabangsa untuk membolehkan graduan berperanan di dalam negara dan di peringkat global. Bagi program-program pra-siswazah, lebih kurang 50% kursus diberikan dalam Bahasa Melayu dan selebihnya dalam Bahasa Inggeris bagi memastikan semua graduan boleh berkomunikasi dengan baik dalam kedua-dua bahasa tersebut. Bagi Fakulti Pengajian Islam, di samping Bahasa Inggeris, Bahasa Arab adalah pengantar utama dalam pengajian Islam dan hubungan dengan Asia Barat. Oleh itu lebih kurang 1/3 kursus diberikan dalam Bahasa Melayu, 1/3 dalam Bahasa Inggeris dan selebihnya dalam Bahasa Arab. Di samping itu semua pelajar digalakkan mengambil kursus-kursus bahasa lain seperti Bahasa Korea, Bahasa Mandarin, Bahasa Sepanyol, Bahasa Jerman, Bahasa Jepun dan bahasa negara ASEAN.

UKM juga menerima ramai pelajar antarabangsa di peringkat Pasca-Siswazah. Oleh itu kursus yang melibatkan pelajar antarabangsa diberikan dalam Bahasa Inggeris. Akan tetapi semua pelajar antarabangsa diwajibkan mengambil kursus Bahasa Melayu.

Translate »