Kelab Ko-Kurikulum

Kelab-kelab yang terdapat di Kolej Ungku Omar yang boleh disertai oleh para pelajar:

1. Kelab Xtreme-C
Merupakan satu kelab yg didaftarkan di bawah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang memfokuskan aktiviti sukan lasak dan riadah. Kelab ini sudah ditubuhkan selama 15 tahun dan menggunakan “Esprit de Corps” iaitu semangat setiakawan, sebagai motto kelab ini untuk memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dalam setiap ahli. Antara aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti mendaki, “offroad cycling” 30 kilometer, aktiviti-aktiviti kemasyarakatan serta aktiviti-aktiviti sukan. Selain itu, kelab ini turut bekerjasama dengan Majlis Eksekutif Pelajar KUO dalam menjayakan program-program kolej seperti Anak Muda Nadi Malaysia (NADI) 2.0 dan Malam Apresiasi Cemerlang KUO. Kelab yang sering diundi sebagai Kelab Terbaik ini turut dikenali sebagai tulang belakang kolej kerana sering membantu pentadbiran kolej secara langsung mahupun tidak langsung.

__________________________________________________________________________

2. Kelab SEPET
SEPET atau Seni Persembahan Teater merupakan satu kelab kebudayaan yang ditubuhkan di Kolej Ungku Omar. Kelab ini memperkenalkan teater bagi pelajar yang berminat untuk mengambil bahagian dalam produksi lakonan mahupun belakang tabir dan bertanding dalam pertandingan seperti FESTER (Festival Teater). Bermula pada semester akan datang, satu pembaharuan dibuat di mana, SEPET bukan sahaja melibatkan teater malah pembikinan video pendek. Selain itu, pelbagai jenis aktiviti kebudayaan seperti dikir barat, kompang, tarian dan lain-lain berada di bawah kelab ini. Maka, dengan itu, sebagai sebuah Kelab Kebudayaan KUO, SEPET telah melalui pelbagai pembaharuan bagi meningkatkan lagi produktiviti kelab pada masa kini dan pada masa akan datang.

__________________________________________________________________________

3. BSMM Detachment 88C Kolej Ungku Omar
Bsmm adalah sebuah persatuan yang bertujuan memperkenalkan pelajaran asas pertolongan cemas termasuk fungsi-fingsi ubat, cara rawatan luka dan cedera, dan akibat lain tertentu.Latihan berbentuk praktikal akan diperkenalkan khususnya dalam mempelajari jenis-jenis balutan dan fungsinya.Objektif persatuan ini adalah melatih dan melahirkan ahli BSMM yang berpengetahuan mengenai ilmu pertolongan cemas , menyediakan perkhidmatan pertolongan cemas kepada semua warga penghuni kolej, dan meningkatkan tahap kesedaran penghuni kolej tentang kepentingan menjaga kebersihan dan kesihatan diri.

__________________________________________________________________________

4. Kelab Iqra’
Kelab Iqra Kolej Ungku Omar telah ditubuhkan pada tahun 2008/2009 hasil cebisan idea mantan-mantan YDP Kelab Iqra’ ketika itu dalam mengembalikan mahasiswa khususnya penghuni Kolej Ungku Omar dalam membaca, memahami dan mengamalkan al-Quran. Antara matlamat utama kelab ini adalah untuk melahirkan mahasiswa yang celik al-Quran. Bukan itu sahaja, terdapat beberapa rational penubuhan Kelab Iqra’ iaitu menyedari hakikat kurangnya penumpuan Al-Quran dalam kelab-kelab berunsurkan keislaman yang ada di kolej ini. Selain itu juga ingin menjadikan kelab ini sebagai satu ‘platform’ untuk kemudahan pelajar mempelajari segala selok-belok berkaitan dengan Al-Quran sebagai teras tanpa mencampuradukkan kegiatan yang tidak bertepatan dengan agenda penubuhan kelab ini. Misi bagi Kelab iqra ialah “Membaca, Memahami, Mengamalkan”. Terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan setiap sem sebagai contoh, Hari Interaksi Kelab, Penghayatan al-Quran, iftar dan pelbagai lagi program menarik yang diadakan.

__________________________________________________________________________

5. Kelab Mandarin
Kelab mandarin menfokuskan kepada aktiviti berkaitan dengan tradisional kaum Tiong Hua. Kelab ini mengadakan kelas mandarin yang terbuka kepada sesiap yang minat terhadap bahasa mandarin. Aktiviti ini bertujuan memberi peluang kepada kaum lain dan pelajar antarabangsa mengenal bahasa mandarin. Kelab ini juga akan menganjurkan aktiviti besar Pesta Angpau bertujuan untuk meningkatkan kefahaman mahasiswa/i UKM dan orang awam terhadap perayaan tradisional kaum Tiong Hua di samping menegaskan semangat hidup berharmoni antara kaum melalui program ini. Oleh itu, program ini bukan sahaja menfokuskan kepada kaum Cina, malah Kelab Mandarin amat menggalakkan penglibatan semua kaum terutamanya penghuni KUO dalam usaha menjayakan program ini. Aktiviti ini juga mendapat sambutan hangat daripada penghuni-penghuni kolej lain.

__________________________________________________________________________