Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Perkenan Rasmi Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Perkenan Rasmi Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (kanan) bertitah dan merasmikan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

11 Ogos 2013 – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan berangkat bercemar duli menyempurnakan Majlis Perasmian Pusat Penyelidikan Langkawi.

Majlis yang dianjurkan oleh Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) ini bermatlamat untuk memberi impak kewujudan PPL di Langkawi serta memberi pendedahan mengenai aktiviti dan hasil penyelidikan yang dijalankan oleh PPL kepada pelbagai pihak berkepentingan.

Seramai 700 orang jemputan yang terdiri daripada kakitangan UKM, para pelajar sekolah, guru, masyarakat setempat, sektor swasta, ahli akademik, penyelidik, pengamal pengurusan alam baik sekitar dan agensi kerajaan hadir memeriahkan majlis ini.

Seri Paduka Baginda telah memberi limpah perkenan untuk menamakan Pusat Penyelidikan Langkawi, UKM dengan nama baru iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia, Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Pusat Penyelidikan Langkawi. Baginda juga sempat meluangkan masa melawat galeri PPL yang menempatkan pelbagai hasil penyelidikan.

Turut hadir adalah DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Canselor UKM dan YTM Tunku Panglima Besar Kedah Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

oleh Pusat Komunikasi Korporat (PKK) UKM dan Ku Adriani.

Berita lanjut:

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130812/dn_08/Seri-Paduka-rasmi-Pusat-Penyelidikan-Langkawi

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SeriPadukarasmipusatpenyelidikanUKM/Article/

http://www.sinarharian.com.my/nasional/agong-rasmi-pusat-penyelidikan-langkawi-1.191273

http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=968691

Untuk kenyataan akbar UKM, klik di sini.

Untuk ke galeri gambar, klik di sini.