Belasungkawa

Dukacita dimaklumkan bahawa Prof. Madya Dr. Shaharudin Idrus, Felo Kanan dan juga Ketua HEJIM LESTARI UKM telah kembali ke rahmatullah pada 29 Januari 2017 jam 2.40 petang akibat serangan jantung. Jenazah telah dikebumikan di Kampung Batu 8 Behrang Ulu, Tanjung Malim. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.