Tahniah atas pelantikan sebagai Penyandang Kursi Profesor Iskandar Malaysia di UTM

Sukacita dimaklumkan bahawa LESTARI merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, Felo Utama LESTARI dan Pengerusi Pusat Penyelidikan Langkawi yang telah dilantik oleh UTM dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) sebagai Penyandang Kursi Profesor Iskandar Malaysia di Universiti Teknologi Malaysia untuk tempoh dua tahun. Tujuan utama penubuhan kursi ini adalah untuk membantu usaha-usaha kearah pembentukan pembangunan lestari wilayah melalui keseimbangan dalam pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan sosial dan kelestarian alam sekitar.

LESTARI sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo dan amat berbangga kerana ahli akademik LESTARI dipilih memegang kursi ini.

Laporan oleh Nuratikah Mahamad.