Kajian Kebolehlaksanaan Pembangunan Langkawi Rendah Karbon

lcl

Program: Bengkel Perundingan bersama Pihak Berkepentingan Ke-3: Kajian Kebolehlaksanaan Pembangunan Langkawi Rendah Karbon

Anjuran: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia (KeTTHA) dengan kerjasama Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), United Nations Development Programme (UNDP) dan Rekarancang Sdn. Bhd.

Tarikh: 19 – 20 Oktober 2015

Tempat: Bayview Hotel, Langkawi

Bengkel kajian kebolehlaksanaan pembangunan Langkawi Rendah Karbon (LCL; Low Carbon Langkawi) kali ke-3 ini bertujuan membentangkan hasil kajian kepada pihak berkepentingan serta mendapatkan maklumbalas terhadap pembentukan dan pelaksanaan Model LCL. Antara jemputan bengkel yang hadir termasuklah daripada jabatan/agensi kerajaan persekutuan dan negeri Kedah, agensi tempatan, swasta, NGO dan komuniti. Terdapat dua sesi perbincangan berkumpulan dijalankan bagi membincangkan konsep Model LCL dan peranan pihak berkepentingan dalam LCL. Bengkel ini dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Nadzri Yahaya, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga & Teknologi Hijau) KeTTHA dan turut dihadiri oleh Tuan Haji Isahak Murat, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP). Turut menarik perhatian adalah pembentangan oleh Datuk Dr. Md. Naser Ismail daripada Wannasser’s Group of Company yang bertajuk Seawater Conversion Technology for Langkawi. Majlis penutup dirasmikan oleh Setiausaha Bahagian Kanan Sektor Teknologi Hijau, Pn. Rogayah Kadari. Bengkel sepenuhnya dikendalikan oleh Datin Paduka Dr. Halimaton Saadiah Hashim daripada Rekarancang Sdn. Bhd.

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.