Pelancaran Kempen Sekolah Lestari 2019

Majlis Pelancaran Kempen Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim pada 21 mac 2019 di Dewan Baiduri, Wisma Sumber Asli, Putrajaya. Program sekolah lestari adalah suatu inisiatif penting dalam menggalakkan pembudayaan kelestarian alam sekitar dalam kalangan warga sekolah di Malaysia. Program yang telah masuk ke kitaran ke-7 melibatkan ratusan sekolah seluruh negara. Hadir sama pada majlis ini adalah Prof. Madya Dr Ahmad Fariz Mohamed dan Encik Nik Mohd Noor Faizul Md Saad selaku Panel Penilai Kebangsaan penganugerahan sekolah lestari.

 

Video Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar 2018/2019:
https://youtu.be/HOP1oOMiv-I

 

Laporan oleh En. Nik Mohd Noor Faizul Md Saad