Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa LESTARI ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Juliana Senawi yang telah memberikan jasa, sumbangan dan perkhidmatan cemerlang di LESTARI selama ini. Beliau akan berpindah ke Pusat Pengajian Sekitaran dan Sumber Alam Fakulti Sains dan Teknologi yang telah berkuatkuasa pada 9 April 2018 yang lalu. 
 
Semoga Dr. Juliana terus memberikan perkhidmatan dan kerjasama beliau bersama LESTARI pada masa akan datang. Terima kasih diucapkan sekali lagi.

 

Laporan oleh Nuratikah Mahamad.