Ucapan Tahniah dan Penghargaan

Sukacita dimaklumkan bahawa LESTARI ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada:

  1. YBhg. Prof. Dr. Mohd Talib Latif yang telah dilantik sebagai Timbalan Dekan (Siswazah) Fakulti Sains dan Teknologi berkuatkuasa mulai 2 Januari 2018. Justeru, pihak LESTARI mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Prof di atas sumbangan, jasa dan khidmat cemerlang beliau sebagai Timbalan Pengarah LESTARI selama tempoh pelantikan beliau.

 

  1. Encik Ridzwan Dzulkifle, Eksekutif Kanan LESTARI yang akan berpindah jabatan iaitu ditempatkan di Pusat Komunikasi Korporat berkuatkuasa mulai 2 Januari 2018. Pihak LESTARI mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada En Ridzwan kerana telah memberikan khidmat cemerlang sebagai ketua pentadbiran LESTARI sepanjang perkhidmatan beliau.

 

  1. Dr. Mohammad Imam Hasan Reza yang telah tamat kontrak pelantikan sebagai Felo LESTARI dan sekarang berkhidmat sebagai Sarjana Tamu MIT-UTM (Malaysia Sustainable Cities Program).

 

  1. LESTARI juga mengalu-alukan kehadiran YM Tengku Nor Kirana Tengku M.Y. Anuar, Eksekutif Kanan PIK yang akan menggantikan tempat ketua pentadbiran LESTARI mulai 2 Januari 2018. 

Pihak LESTARI sekali lagi mengucapkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua dan semoga akan terus berjaya membawa nama UKM dan menjadikan LESTARI sebagai kenangan terindah untuk semua.

Laporan oleh Nuratikah Mahamad.