| |
Pada 15 Januari 2012, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Hubungan Antarabangsa), Prof.Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali telah melawat Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) di Pantai Kok, Langkawi, Kedah. Lawatan bertujuan untuk melihat kemajuan persiapan PPL sebagai pusat penyelidikan luar UKM dan juga untuk melihat potensi aktiviti yang boleh dijalankan oleh UKM untuk memajukan UKM dalam bidang pembelajaran dan penyelidikan. Beliau diiringi oleh Pengarah LESTARI, Prof. Dr. Mazlin bin Mokhtar, Ahli MPN, Prof. Dr.Jalani Sukaimi dan pegawai penyelidik PPL, Mohd Izzuddin Anuar.
oleh Mohd Izzuddin Anuar
|