|
Visi
Perpustakaan universiti bertaraf dunia.
Misi
Menjadi sebuah perpustakaan universiti terkehadapan yang menghubungkan rangkaian maklumat dengan pelanggan bagi memenuhi keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan.
Objektif
1. Membangun, mendokumentasi dan menyelenggara sumber maklumat keperluan pengajaran pembelajaran dan penyelidikan universiti dalam pelbagai bentuk. 2. Menyediakan dan mengurus perkhidmatan maklumat dan kemudahan perpustakaan yang berkualiti bagi keperluan pelanggan. 3. Mewujudkan prasarana dan persekitaran fizikal yang berkualiti dan teknologi maklumat dan komunikasi terkini bagi memenuhi urusan keilmuan dan pembelajaran sepanjang hayat. 4. Memusakakan ilmu dan hasil keluaran Universiti supaya perpustakaan menjadi pewaris ilmu. 5. Membangun dan meningkatkan kompetensi modal insan yang mengamalkan budaya kualiti.
Dasar Kualiti
Seluruh warga Perpustakaan UKM beriltizam untuk menyediakan perkhidmatan Perpustakaan yang berkualiti dan melaksanakan penambahbaikan yang berterusan kearah menepati keperluan pelanggan dan selaras dengan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 : 2008
Piagam Pelanggan
1.Menyediakan dan menguruskan sumber maklumat yang berkualiti dan terkini dalam pelbagai bidang pengajian. 2.Menyediakan pelbagai kemudahan teknologi maklumat terkini bersesuaian dengan keperluan pelanggan. 3.Mengutamakan pelanggan dengan memberi perkhidmatan yang cekap, tepat dan mesra. 4.Membantu pelanggan mengesan, mengakses, dan memperolehmaklumat yang relevan. 5.Menyediakan perkhidmatan kaunter yang cekap dan selesa kepada pelanggan.
|