|
Koleksi Arkib
Koleksi ini mengumpulkan bahan-bahan mengenai sejarah dan perkembangan UKM, merangkumi terbitan rasmi dan rekod universiti, karya ahli-ahli akademik terbitan Fakulti / Jabatan, terbitan Penerbit UKM serta lain-lain terbitan warga kampus. Koleksi Arkib juga merupakan koleksi memori institusi yang diwujudkan bagi tujuan pemeliharaan bahan serta memenuhi keperluan rujukan dan penyelidikan. Beberapa buah pangkalan data telah dibangunkan untuk kemudahan rujukan para pelanggan perpustakaan. Antara bahan-bahan yang telah didigitasikan adalah Laporan Penyelidikan dan Keratan Akhbar mengenai UKM. Koleksi Arkib diurus sebagai Koleksi Tertutup dan boleh dirujuk semasa waktu pejabat di aras 6.
|