pp
PENGENALAN
Kemajuan teknologi pengeluaran kenderaan pada masa sekarang adalah semakin meningkat disebabkan perubahan citarasa penduduk dunia yang berubah dan juga disebabkan peningkatan teknologi yang semakin canggih. Begitu juga dengan pengeluaran kereta-kereta. Kita dapat lihat semakin banyak kereta-kereta yang canggih dan dengan reka bentuk yang semakin menarik dikeluarkan. Antara nama-nama pengeluar kereta yang popular di dunia ialah Mercedes,Volkswegan,Ferrari,Honda,Mitsubishi,dan lain-lain.Mereka-mereka yang memakai kereta mewah akan menampakkan status dan kedudukan yang tinggi.Kereta-kereta keluaran baru ini mempunyai ciri-ciri yang menarik dan dilengkapi dengan teknologi yang canggih.Dengan peningkatan teknologi pada masa sekarang akan dapat memajukan lagi teknologi pembuatankereta pada masa depan.