google.com.my
Info mediPRO Produk mediPRO Buletin HPRO Poster Brosur VideoMySENAM.com
HINDAR - Hidup Indah Tanpa RokokABADI - Anggun, Budi, Anjakan Paradigma, Dedikasi, InovasimediINFO @ mediPROmediTV @ mediPROKajian Hulu Langat
INFO KESIHATAN 

Obesiti

> Pengenalan  |  Simptom  |  Kesan  |  Pencegahan  |  Gambar  |  Hiperangkai  |  Maklumat penuh <
kalender aktiviti

 

     
 

Pengenalan

Obesiti merupakan satu keadaan dimana seseorang itu mempunyai berat badan yang berlebihan dan tidak terkawal. Obesiti meningkatkan risiko untuk seseorang mendapat penyakit kronik. Secara amnya, obesiti terjadi disebabkan oleh pengumpulan lemak berlebihan di pelbagai bahagian tubuh seseorang sehingga mengakibatkan pertambahan berat tubuh yang tidak normal. Tidak semua orang yang obes makan lebih banyak daripada jumlah yang dimakan oleh individu yang berat tubuhnya normal, tetapi yang pastinya ialah orang obes makan lebih banyak daripada apa yang diperlukan oleh tubuhnya.

 
     
 

Simptom

Secara saintifiknya obesiti terjadi akibat pengambilan kalori yang tinggi melebihi daripada keperluan harian. Pengambilan kalori adalah berbeza-beza mengikut individu, individu yang bekerja di sektor pembinaan mempunyai keperluan kalori yang tinggi berbanding pekerja di pejabat. Individu yang telah berumur 66 tahun perlu mengurangkan pengambilan kalori berbanding dengan peringkat remaja. Berikut adalah faktor utama penyebab obesiti : Genetik atau keturunan - Obesiti merupakan penyakit kronik yang mempunyai perkaitan langsung dengan faktor keturunan. Jika seseorang individu itu mempunyai ibu bapa yang obes, kemungkinan besar untuk individu tersebut akan mewarisi obesitinya. Gaya hidup - Salah satu faktor yang lebih kuat ialah gaya hidup. Ibu bapa yang obes akan menurunkan gaya pemakanan yang tidak sihat itu kepada anak mereka. Contohnya jika pemakanan harian sesebuah keluarga itu terdiri dari pengambilan lemak yang tinggi maka anak tersebut akan turut mengambil makanan tersebut dan seterusnya menyebabkan obesiti. Pemakanan - Kualiti makanan yang diambil juga merupakan penyebab obesiti. Makanan yang telah di proses kebanyakkannya mempunyai kadar gula dan lemak yang tinggi. obesiti boleh dielakkan dengan mengurangkan pengambilan makanan yang telah diproses seperti makanan segera, makanan dalam tin dan lain-lain lagi. Kurang aktiviti senaman - Obesiti juga boleh disebabkan oleh kadar aktiviti yang kurang. Seseorang yang kurang bersenam dan kurang melakukan aktiviti lebih mudah untuk mendapat obesiti. Di dalam keadaan yang serba selesa pada masa kini juga boleh menyebabkan obesiti. Sakit - Didalam kes-kes tertentu obesiti boleh disebabkan oleh sesuatu penyakit seperti hypothyroidism atau sindrom Cushing. Selain itu juga, pengambilan beberapa jenis ubat tertentu boleh menyebabkan obesiti.

 
     
 

Kesan

Kaitan Obesiti dengan penyakit : Sistem jantung - tekanan darah tinggi, sakit jantung koronari dan salur darah tersumbat Sistem perkumuhan - cirit-birit dan lemak di bahagian hati Sistem pernafasan - kesukaran bernafas dan tidur berdengkur/ apnea tidur Perempuan mengandung - masalah ketika bersalin Bahagian dada - kanser payudara Bahagian pembiakan wanita - kanser pangkal rahim Bahagian kulit - jangkitan bakteria dan kulat Bahagian saraf. - tekanan mental, rasa rendah diri dan strok.

 
     
 

Pencegahan

Mengawal dan menurunkan berat badan bagi orang yang obes dapat mengurangkan risiko penyakit seperti di atas. Walaubagaimanapun, jika pengurangan berat badan yang tidak secara betul, ia menjejaskan kesihatan. Ikuti nasihat berikut semasa anda mencuba mengurangkan berat badan : Jangan jadikan diri anda terlalu kurus. Jangan memakan makanan diet yang tidak diketahui mutu pemakanannya yang dijual di pasaran tanpa nasihat doktor. Jangan memakan dadah (pil diet) tanpa pengawasan doktor. Jangan menguruskan badan secara tiba-tiba. berat maksimum yang boleh dikurangkan ialah 2 kg pada minggu pertama dan 1 kg pada minggu berikutnya.

 
     
 

Gambar

obesiti2.gifobesiti3.gifobesiti4.gifobesiti5.gifobesiti6.gifobesiti7.gif
 

 

© 2000-2009 mediPRO, PPUKM.
Hakcipta Terpelihara.
Tel : +60 (3) 9145 5909 / 6869
Fax : +60 (3) 9173 7825
Site Meter
Logo mediPROAnugerahBuku TamuBERUBAHLAH demi KESIHATAN