Semakan Keahlian ANALIS

 

Sukacita dimaklumkan kepada semua Ahli ANALIS bahawa pihak Ahli Lembaga Pentadbir (ALP) ANALIS sedang dalam proses mengemaskini maklumat Ahli dari segi mod komunkasi, iaitu alamat e-mail, alamat surat-menyurat dan nombor telefon. Hal ini akan memudahkan lagi penyaluran maklumat terkini oleh ANALIS kepada semua Ahli.

Sehubungan dengan itu dipohon semua Ahli membuat semakan/kemaskini tentang maklumat keahlian mereka secara dalam talian. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan bolehlah berhubung terus dengan Setiausaha ANALIS di alamat e-mail ahmad183@salam.uitm.edu.my.

Pemakluman maklumat terkini berkaitan (i) alamat e-mail, (ii) alamat surat-menyurat dan (iii) nombor telefon boleh juga dihantar terus kepada Setiausaha ANALIS melalui alamat e-mail yang sama seperti di atas.