The Malaysian Journal of Analytical Sciences Vol 12 No 1 (2008): 167 – 171

 

 

ANALISIS UNSUR DAN KERADIOAKTIFAN DALAM SAMPEL SEDIMEN TASIK CHINI, PAHANG DARUL MAKMUR

 

Amran Ab.Majid*, Siti Rahimah Umar, Redzuwan Yahaya, Muhamad Samudi Yasir

dan Mohd Suhaimi Othman

 

Program Sains Nuklear, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan

 

Abstrak

Kajian taburan unsur dan keradioakifan dalam sampel sedimen dari 12 lokasi Tasik Chini telah dilakukan  menggunakan teknik spektrometri gama dan analisis pendarfluor sinar-X (XRF). Sebanyak dua belas unsur surih iaitu As, Ba, Co, Cr, Cu, Ni, Pb, Rb, Sr, V, Zn, Zr, tiga unsur radionuklid tabii iaitu 40K, 238U, 232Th dan satu unsur radionuklid buatan iaitu 137Cs telah dapat dikesan dalam sampel sedimen. Keputusan yang diperolehi menunjukkan nilai kepekatan unsur surih adalah berbeza mengikut lokasi persampelan dan ketiga-tiga radionuklid tabii  menunjukkan hampir semua stesen mempunyai kepekatan melebihi had purata dunia dalam tanah. Radionuklid 137Cs telah ditemui di lima stesen tetapi secara kualitatif sahaja. Secara umumnya, kepekatan unsur  di setiap stesen berkait rapat dengan aktiviti yang terdapat di stesen masing-masing. Kajian menunjukkan bahawa stesen Laut Jemberau yang terletak berhampiran dengan bekas kawasan perlombongan dan pelbagai gunatanah menunjukkan lokasi yang mengandungi kepekatan unsur As, Co, Cr, Cu, Pb, V dan Zn tertinggi berbanding lokasi lain.

 

 

Kata kunci: Sedimen, radionuklid tabii, logam berat.

 

Rujukan

1.         ERINCO. 1992. Kuala Sungai Chini Gateway Development Plan Vol 1.  Petaling Jaya: ERINCO.

2.         ERINCO. 1993. Tasik Chini Eco Tourism Development Study Environment Impact Assesment Vol II.  Petaling Jaya: ERINCO.

3.         Muohi, A.W., Mavuti, K.M., Omondi, J.G. & Onyari, J.M. 2003. Heavy metals in sediments from Makupa and Port- Reitz Creek systems: Kenyan Coast. Environment International. 28: 639-647.

4.         Nelson, B., Chen, Y.W., Gunn, J. M. and Dixit, S.S. 2004. Sediment Trace Metal Profiles in Lakes of Killarney Park, Canada from Regional to Continental Influence.

5.         Lollar, B. S. 2004. Treatise on Geochemistry Environmental Geochemistry. Ed. ke-9.Oxford: Elsevier Pergamon.

6.         Fytianos, K. & Lourantou, A. 2004. Speciation of elements in sediment samples collected at lakes Volvi and Koronia, N.Greece. Environment International. 30(1):11-17.

7.         Krumgalz, B. S. & Fainshtein, G. 1991. Trace Metal and Organic Matter in Nearshore Sediment  Cores from the Eastern Mediterranean (Haifa Bay of Israel). Marine Environmental Research. 31: 1-15.

8.         Kamaruzzaman, B. Y., Ong, M. C. & Willison, K. Y. S. 2004. Taburan Kepekatan Elemen-elemen Kimia di dalam Teras Sedimen di Hutan Paya Bakau Paka, Terengganu. Prosiding Simposium Kimia Analisis Malaysia Ke 17.

9.         Suhaimi-Othman, M. & Tan, B. F. 2004. Kajian Kandungan Logam Berat (Cu, Cd, Zn dan Pb) di dalam Air, Sedimen dan Udang Air Tawar Macrobrachium Ianchesteri di Sungai Langat. Prosiding Simposium Kimia Analisis Malaysia Ke 17.

10.      International Atomic Energy Agency (IAEA). 1990. The Use of Gamma Ray Data To Define The Natural Radiation In Environment. IAEA-TECDOC_566, Vienna: IAEA.

11.      Khursyid Alam Butt, Amanat Ali & Aziz Ahmad Qureshi. 1998. Estimation of Environmental Gama  Background Radiation Levels in Pakistan. Health Physics. 75(1): 63-66.

12.      Muhamat Omar (1991), Environmental Radiation and Its Relation with Man. Nuclear Buletin of Malaysia. 1(2). 16-18.

 




Previous                    Content                    Next