Muzium UKM

 Gerbang Warisan Ilmu UKM

Muzium dan Galeri di UKM

Balai Busana Melayu

Balai Busana Melayu ini mempamerkan variasi pelbagai jenis pakaian dan jenis kain tradisional Melayu mengikut etnik dan negeri di Malaysia. Tujuan balai pameran ini adalah sebagai makmal pengajaran dan pembelajaran kepada para pelajar di PPBKKM khusunya dan penyelidik amnya.

Lokasi : Pusat Penyelidikan Bitara Melayu (Bayu)

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK)

Telefon : +603-8921 5799/5290

Waktu operasi : Isnin – Jumaat (8.30pagi – 4.30ptg)

Laman sesawang : http://www.ukm.my/ppbkkm/muzium-seni-warisan

 

Galeri Karikatur, Litograf dan Manuskrip

Galeri ini mempamerkan koleksi lakaran keadaan Tanah Melayu abad ke 15 hingga 18 oleh pelukis dari negara Portugis, Belanda dan Inggeris sebelum dan sewaktu kedatangan mereka ke Tanah Melayu. Disamping itu galeri ini mempamer koleksi karikatur yang dihasil oleh pelukis tempatan yang menyampaikan mesej secara kritikan, simbolik dan pengajaran dalam aspek seni di dalam politik, ekonomi dan aktiviti sosial sejak era 1930 Tanah Melayu sehingga tertubuhnya Malaysia. Di galeri juga terdapat manuskrip lama Melayu dan Bugis dari abad ke-18 yang dipamerkan untuk tatapan para pengunjung

Lokasi : Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK)

Telefon : +60-3-89215710/5711

Waktu operasi : Isnin – Jumaat (9.15pagi – 4.30ptg)

Laman sesawang : http://www.ukm.my/ppsps/ms/mengenai-kami/kemudahan-2/galeri-litograf-karikatur-manuskrip/

 

Galeri Sejarah Alam Semulajadi

Galeri ini ditubuhkan atas objektif mengkaji hidupan spesis haiwan yang wujud di Malaysia. Artifak yang dipamer merupakan koleksi kakitangan akademik FST dan terdapat beberapa sampel daripada luar negara dan juga yang diwartakan sebagai Objek Warisan Negara.

Lokasi : Fakulti Sains dan Teknologi

Telefon : +603-8921- 5419

Waktu operasi : Isnin – Jumaat (9.00pagi – 4.30ptg)

Laman sesawang : http://www.ukm.my/fst

 

Muzium Geologi

Pengumpulan spesimen geologi oleh ahli akademik Jabatan Geologi telah bermula seawal tahun 80-an. Pengumpulan spesimen ini adalah hasil daripada kerja-kerja lapangan mereka di dalam dan luar negara. Lebih 3000 jenis spesimen geologi pelbagai saiz dan bentuk dipamerkan di Muzium Geologi ini.

Lokasi : Program Geologi, Pusat Pengajian Sains Sekitaran & Sumber Alam, Fakulti Sains & Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia,

Telefon : +603-89215391/ +603-89215392

Waktu operasi : Isnin – Jumaat (9.00pagi – 4.30ptg)

Laman sesawang : http://www.ukm.my/geologi

 

Galeri Seni UKM

Menempatkan 300 buah lukisan pelbagai motif yang dihasilkan oleh para pelukis tersohor di Malaysia dan para pelajar  UKM dipamerkan di galeri ini. Galeri yang terletak di Dewan Canselor Tun Abdul Razak ini merupakan salah sebuah tempat yang menjadi tumpuan para peminat dan penggiat seni kerana koleksi yang dipamerkan mempunyai nilai yang tinggi.

Lokasi : Pusat Kebudayaan, Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM

Telefon : 603-89215342

Waktu operasi : Isnin – Jumaat (9.00pagi – 4.30ptg)

Laman sesawang : http://www.ukm.my/culturec

 

Galeri Tun Fatimah Hashim

Sebagai satu penghargaan UKM di atas jasa dan sumbangan Tun Fatimah Hashim di arena politik dan kepimpinan pergerakan wanita negara.  Galeri ini juga bertujuan untuk menonjolkan keterampilan dan mengabadikan semangat perjuangan Tun Fatimah Hashim sebagai pemimpin yang berjiwa besar dalam memartabatkan taraf wanita serta menjadi rujukan kepada generasi mendatang.

Lokasi : Pusat Kepimpinan Wanita UKM ,Bangunan Tun Fatimah Hashim

Telefon :  +603-89214795

Waktu operasi : Isnin – Jumaat (9.00pagi – 4.30ptg)

Laman sesawang : http://www.ukm.my/women/galeri-tun-fatimah-hashim

 

Muzium Anatomi dan Patologi

Muzium Anatomi berada di tingkat 3 Bangunan Praklinikal, Muzium ini dikongsi sama dengan Muzium Patologi. Terdapat koleksi spesimen jar yang sebahagian struktur tubuh badan atau organ manusia bagi tujuan pembelajaran. Bagi memudahkan perbelajaran penerangan konsep persembahan adalah mengikut  sistem tubuh dan spesimen jar yang diwarnakan untuk memudahkan pembelajaran.  Semenjak ditubuhkan, Muzium Anatomi telah berjaya menghasilkan jar spesimen seperti anggota badan atas, anggota badan bawah, sistem  respiratori,  sistem urinari, sistem endokrin, sistem reproduktif, sistem kardiovaskular, toraks, abdomen  dan lain-lain.

Lokasi : Bangunan Praklinikal, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan UKM

Telefon : +603-91455055 / +6019-3212077

Waktu operasi : Isnin hingga Khamis (8.30 pg – 4.30 ptg )

Laman sesawang : http://www.ppukm.ukm.my/anatomi/muzium-anatomi/

 

Galeri Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Sebuah galeri yang berfungsi untuk meningkatkan kefahaman mengenai sejarah Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina UKM serta menambah kesedaran mengenai kepelbagaian aktiviti dan pencapaian fakulti.

Lokasi : Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina UKM

Telefon :  +603 8911 8001

Waktu operasi : Isnin – Jumaat (9.00pagi – 4.30ptg)

Laman sesawang : http://www.ukm.my/jurutera

Translate »