Muzium UKM

 Gerbang Warisan Ilmu UKM

Galeri Muzium Warisan Akademik

Pengisian Galeri Muzium Warisan Akademik

Pengisian dan susun atar koleksi muzium dibuat sesuai dengan konsep memori institut bagi pusat pengajian tinggi yang  merupakan sebuah taman ilmu dan maklumat. Bagi melahirkan suasana muzium yang harmoni dan ceria, gabungan warna kuning, perang dan warna keemasan menjadi pilihan utama.

Koleksi yang dipamerkan di muzium merangkumi poster, gambar, artifak, hasil penyelidikan, koleksi syarahan perdana profesor, penerbitan, pingat, sijil penghargaan, anugerah dan pengiktirafan. Bahan-bahan dipamerkan turut menurut susunan berikut :

Bahagian Pertama – Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Untitled-2 Untitled-3

Memberi pengenalan mengenai UKM melalui cokmar, Lambang, Falsafah, Wawasan, Misi dan Matlamat. Pameran ini dilengkapi dengan poster Canselor Pertama, Kedua dan Ketiga UKM.

Bahagian Kedua – Graduan Kelahiran UKM

Untitled-4 Untitled-5

Mempamerkan perangkaan Graduan Sarjana Muda, Graduan Sarjana dan Doktor Falsafah 1973 -2010. Bahagian ini juga memperagakan Pakaian Akademik iaitu Jubah serta Topi Konvokesyen bagi 13 buah fakulti dan suasana di Majlis Konvokesyen UKM.

Bahagian Ketiga – Imbasan Penubuhan dan Kepimpinan UKM

Untitled-6 Untitled-7

Rentetan Sejarah penubuhan . UKM terus berwibawa di bawah kepimpinan barisan Naib Canselor yang berjasa.

Bahagian Keempat – Perkembangan Fakulti, Institut dan Pusat Kecemerlangan

Untitled-8 Untitled-9

Mempamerkan perkembangan fakulti yang bermula dengan tiga buah fakulti perintis iaitu Fakulti Sains, Fakulti Islam, Fakulti Sastera dan kini UKM mempunyai 13 buah fakulti , serta perkembangan Institut dan Pusat Kecermelangan.

Bahagian Kelima – Kecemerlangan Penyelidikan Pembina Budaya Ilmu

Untitled-10 Untitled-11

Mempamerkan sebahagian daripada lapan bidang teras UKM sebagai Universiti Penyelidikan :

  1. Cabaran Membina Negara Bangsa
  2. Pembangunan Lestari Wilayah
  3. Perubahan Iklim
  4. Tenaga Keterbaharuan
  5. Nanoteknologi dan Bahan Termaju
  6. Teknologi Kesihatan dan Perubatan
  7. Biodiversiti untuk Pembangunan Bioteknologi
  8. ICT : Isian Informatik

Bahagian Keenam – Syarahan Perdana Profesor dan Anugerah Akademik

Untitled-12 Untitled-13

Ruang ini amat istimewa kerana ia memaparkan senarai nama penerima anugerah Professor Emeritus, Ijazah Kehormat UKM dan senarai nama Profesor yang telah menyampaikan Syarahan Perdana Profesor. Bahagian ini dilengkapi dengan pameran Koleksi Buku Syarahan Perdana.

Bahagian Ketujuh – Penerbitan Ilmiah dan Karya Akademik

Untitled-14 Untitled-15

Bahagian ini mempamerkan sebahagian dari koleksi hasil penulisan dan penerbitan ahli-ahli akademik UKM khusunya penerbitan yang dihasilkan oleh Penerbit UKM merangkumi monograf, buku, jurnal dan prosiding.

Bahagian Kelapan – Angkasawan Negara Pertama, Warga UKM

Untitled-16 Untitled-17

Mempamerkan Program Angkasawan Negara dan Penyelidikan di Angkasa.

Bahagian Kesembilan – Anugerah dan Pengiktirafan

Untitled-18 Untitled-19

Bahagian ini mempamerkan anugerah dan pengikitrafan bagi hasil penyelidikan, inovasi dan rekacipta dan karya ahli-ahli akademik UKM.

Bahagian Kesepuluh – Anugerah Kualtiti Perdana Menteri

Menonjolkan kecemerlangan UKM sebagai pemenang Anugerah Kualiti Perdana Menteri (AKPM) Sektor Awam 2006 dan Pelan Strategik UKM 2000-2020.

 

Translate »