Muzium UKM

 Gerbang Warisan Ilmu UKM

Misi dan Matlamat

IMG_0329a

Visi

Memelihara, mengumpul, memulihara dan mempamerkan khazanah dan warisan universiti dan negara, yang bernilai dalam merakam julat waktu perubahan global dalam bentuk masa lalu sekarang dan kini.

Misi

Bertekad menjadi muzium akademik unggul yang memelihara warisan kecermelangan ilmu, hasil pemikiran, penyelidikan dan inovasi para sarjana dan ilmuan UKM serta menjadikannya pusat rujukan, penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran terbilang diperingkat kebangsaan dan persada antarabangsa.

Matlamat

  1. PTJ ini menjadi wadah yang dapat mengumpul, memelihara, mendokumentasi serta mempamerkan harta intelek dan khazanah warisan warga UKM secara sistematik dan saintifik.
  2. Menjalankan penyelidikan dan pendokumentasian bidang yang berkaitan kebangsaan, hasil pemikiran, aspirasi rakyat dan perjuangan tokoh-tokoh serta ilmuan UKM.
  3. Menyediakan perkhidmatan muzium akademik yang moden dan dinamik dengan menggabungkan konsep tradisi dan kontemporari serta menggunakan kaedah pameran interaktif.
  4. Menjadi pusat rujukan dan tumpuan pelawat-pelawat ke UKM yang ingin mempelajari dan mengetahui aspek pencapaian dan kegemilangan pendidikan, penyelidikan dan pembelajaran.
  5. Memainkan peranan dalam menyemai dan memupuk budaya mencintai dan menghargai ketinggian nilai khazanah warisan universiti.
Translate »