Bahan yang dapat mengkonduksi arus pada suhu tertentu tanpa rintangan
Thin Films = Filem Nipis
Filem yang disediakan dengan kaedah tertentu dan tebalnya antara 0-50 mikron
Nanotechnology = nanoteknologi
Teknologi yang berasaskan kepada dimensi peranti dalam skala 10-9
m
Wave Mechanics = Mekanik gelombang
Salah satu versi mekanik kuantum yang dipelopori oleh Schrodinger yang
penekanannya pada ciri gelombang pada sistem fizis
Tunneling = Penerowongan
Suatu fenomena mekanik kuantum yang menerangkan bahawa zarah dapat menerobos
sawar atau kawasan yang sebetulnya menurut kajian mekanik klasik hal ini
tidak mungkin kerana tenaga yang kurang.
angular momentum = momentum sudut
suatu kuantiti dinamik yang mengukur banyaknya gerakan putaran dalam sistem,
unit pengukuran ini dapat dinyatakan dalam pemalar Planck
Fourier analysis =analisis Fourier
Teori matematik yang mengungkapkan semua kuantiti dalam sebutan jumlahan
gelombang pada pelbagai frekuensi
Matrix mechanics = mekanik matriks
Salah satu versi mekanik kuantum yang dipelopori oleh Heisenberg . Pendekatan
ini mirip teori klasik tetapi semua pembolehcerap dinyatakan dalam bentuk
matriks.
Hilbert space = ruang Hilbert
Teori matematik yang berkaitan dengan vektor dalam ruang tak terhingga
Spin = spin
momentum sudut hakiki bagi zarah-zarah seperti elektron dan foton
This list will
be updated every month.
Borang Cadangan ,Pertanyaan Istilah
Nyatakan komen dan pandangan anda tentang senarai istilah ini dan cadangan
istilah baru jika ada.