PERSIDANGAN TENTANG

CABARAN PENULISAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ALAF BARU

25-26 April 2001

Kelab Rekreasi UKM

Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,

Selangor Darul Ehsan


Anjuran
Universiti Kebangsaan Malaysia & Dewan Bahasa dan Pustaka

dan dikendalikan oleh

Jawatankuasa Peristilahan Fizik antara Universiti (JPFAU)





LATAR BELAKANG PERSIDANGAN

Seminar tentang peristilahan sains anjuran JPFAU telah diadakan pada tahun 1983 dan 1990. Setelah 10 tahun berlalu Seminar kali yang ketiga ini akan memberi penumpuan khusus pada cabaran penulisan sains dalam Bahasa Malaysia pada alaf baru. Dalam Konteks yang sama, perkembangan Universiti Kebangsaan dan Bahasa Melayu (BM) selalunya senada. Keujudan UKM adalah simbol memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa perantaraan pendidikan tinggi. UKM kini berusia 30 tahun, dan BM menghadapi cabaran getir menjelang abad ke 21. Seminar ini akan meninjau perkembangan BM dalam sains dan teknologi dalam abad ini dan bagaimana meningkatkan penggunaannya dalam bidang tersebut.

Objektif Persidangan

Persidangan ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut:

1. untuk memantapkan penggunaan istilah sains dalam era siber

2. untuk mengenalpasti cabaran dalam penggunaan BM dalam sains dan Teknologi yang dihadapi oleh universiti dan Pusat Penyelidikan

3. untuk merangka strategi pembangunan ilmu dan sumber manusia yang mahir menggunakan BM menjelang alaf baru

4. untuk mengenalpasti isu-isu dalam penulisan sains di peringkat pendidikan tinggi.

SKOP PERSIDANGAN

Persidangan ini akan menyediakan forum untuk perbincangan ilmiah terbuka tentang isu-isu yang berkaitan dengan peristilahan dan penulisan yang sesuai dengan tema Persidangan, iaitu Cabaran Penulisan Sains dan Teknologi dalam alaf Baru

Sesi-sesi persidangan akan diatur mengikut sub-tema berikut:


SIAPA YANG PATUT HADIR

Ahli akademik, penyelidik bahasa, pelajar, penggubal dasar, pengurus/ pentadbir, sektor swasta,sektor awam dan pemimpin masyarakat dijemput untuk menghadiri Persidangan ini.

YURAN PENDAFTARAN

Yuran pendaftaran ialah RM 70.00 yang meliputi bahan persidangan, makan tengahari dan minum teh serta jamuan makan malam. Yuran pendaftaran bagi pelajar ialah RM 20.00.

Yuran perlu dibayar sebelum 25 April 2000. Cek hendaklah ditulis atas nama

"Bendahari Universiti Kebangsaan Malaysia."

SUMBANGAN KERTAS KERJA

Peserta dijemput untuk membentang-kan kertas kerja. Abstrak sekitar 200 perkataan dalam Bahasa Melayu perlu dihantar kepada Sekretariat Persidangan tidak lewat dari 1 Februari 2001. Pembentangan akan diterbitkan dalam Prosiding Persidangan

PENCERAMAH JEMPUTAN

Pakar bahasa, penterjemah, ilmuan dalam bidang sains dan teknologi dari dalam dan luar negara.

TARIKH PENTING

Penghantaran abstrak

1 Februari 2001

Penghantaran kertaskerja lengkap pada 1 Mac 2001

PENGINAPAN

Penginapan untuk peserta boleh ditempah di alamat berikut :
 

Hotel Equatorial,  Tel : 03-89210222,  Fax : 03-892102888
Bangi
Metro Inn,Tel :  03-87375555, Fax:  03-87376666
Kajang
Puri Pujangga, Tel : 03-89293362 , Fax, 03-89252469
UKM
Rumah Tamu, Tel : 03-89292071, Fax : 03-89259884
UKM
 

JAWATANKUASA PENGANJUR:

Penasihat: Prof. Datuk Dr. Anuwar Ali
                   Tuan Haji A. Aziz Deraman
Pengerusi Bersama:
                  Prof. Dr. Muhammad Yahaya
                  Dr. Haji Awang Sariyan
Setiausaha bersama :
                Prof. Dr. M.M. Salleh
                Hajah Halimah Hj. Ahmad

Ahli Jawatankuasa:

Prof. Dato’ Abdul Razak Salleh (UKM),Prof. Ibrahim bin Talib (UKM),Pn. Nawal Hanim Lope Zainal Abidin (DBP),Prof. Dr. Karsono Hj. A Dasuki(UTM), Prof. Dr. Abdul Halim Shaari (UPM), Prof. Madya Dr. Ithnin Jalil (UM), Dr. Wan Mohtar Wan Yusof (UKM), Pn. Wan Fazilah (DBP), Prof. Dr. Haji Kaida Khalid (UPM), Dr. Noor Baa’ayah Ibrahim (UKM), En. Ismail Hussin (UTM)

Sekretariat Persidangan

Fakulti Sains dan Teknologi
Universiti Kebangsaan Malaysia
Tel : 03-89292892
Fax :03-89292880
Emel : mms@pkrisc.cc.ukm.my
(u/p : Prof. Dr. Muhammad Mat Salleh)
dan
Ketua Bahagian Istilah
Dewan Bahasa dan Pustaka
Tel : 03-2481011
Fax :03-2444460
Emel : halimah@dbp.gov.my
(u/p: Pn. Halimah Hj. Ahmad)

...............................................................................................................

BORANG PENYERTAAN

Nama : ……………………………............................................................

Alamat :…………………………..............................................................

…………………………………….............................................................

…………………………………….............................................................

Tel :    .......................................       Fax : ........................................

Emel :..............................................................................................

Tajuk Kertas Kerja : …………...............................................................................................................