Persatuan Sains dan Teknologi Keadaan Pepejal Malaysia
(The Malaysian Solid State Science and Technology Society)

                                        Sekilas Pandang

Persatuan Sains dan Teknologi Keadaan Pepejal Malaysia (MASS) ini masih terlalu muda, yang ditubuhkan pada awal tahun 1991 dan kini mempunyai hanya sekitar 120 orang ahli.Namun demikian, MASS telah berjaya menunjukkan kemampuan dan kematangannya dengan menganjurkan berbagai aktiviti keilmuan yang bukan saja memberi manafaat kepada ahli-ahli tetapi juga dapat menyebarkan ilmu bidang sains dan teknologi kepada anggota masyarakat yang lain.
Sumbangan serupa ini adalah amat bermakna bagi negara kita yang beraspirasi menjadi sebuah negara industri pada tahun2020. Hari ini, kemajuan dalam sains dan teknologi semakin banyak memerlukan sumbangan daripada berbagai disiplin ilmu pengetahuan. Misalnya orang awam mungkin tidak menyedari bahawa televisyen yang mereka tontoni setiap hari telah dihasilkan melalui sumbangan jurutera elektronik, jurutera elektrik, ahli fizik, ahli kimia dan ahli sains bahan. Demikian juga dengan dengan berbagai peralatan canggih yang digunakan oleh manusia dewasa ini. Tindakan bijak mengu-judkan suatu persatuan multi disiplin yang dianggotai oleh ahli kimia, fizik, sains bahan dan jurutera amat disanjung tinggi. Tentunya ahli-ahli MASS berhasrat untuk berkongsi maklumat dan kepakaran dan seterusnya jika proses ini tumbuh dengan subur, ahli-ahli MASS berpotensi untuk menghasilkan atau menelurkan hasil-hasil yang dapat meng-kagumkan masyarakat kita dan antarabangsa. Sama-samalah kita berdoa semoga persatuan kita terus tumbuh dengan gemilang dan berfungsi dengan cemerlang selaras dengan aspirasi Wawasan 2020.
 
 

                            PENERBITAN-PENERBITAN

Buletin Sains dan Teknologi Keadaan Pepejal Malaysia
ISSN 0128-5637

Buletin Sains dan Teknologi Keadaan Pepejal Malaysia yang setakat ini telah diterbitkan sebanyak lebih dari sepuluh keluaran pada kadar 2 kali setahun iaitu pada setiap bulan June dan Disember setiap tahun. Penerbitan buletin yang begitu konsisten ini menunjukkan terdapatnya unsur dan nilai kesungguhan dalam kepimpinan persatuan
ini dalam usaha mengadakan forum berfikir dan proses menyebarkan ilmu. Sumbangan makalah dari bidang fizik, kimia dan kejuruteraan yang sungguhpun belum seimbang setakat ini, namun ia telah membayangkan hasrat persatuan ini untuk
membentuk suatu forum bagi komuniti multi disiplin yang menepati realiti keperluan masakini dalam bidang sains dan teknologi keadaan pepejal. Buletin Sains merupakan forum dan media komunikasi yang lebih fleksibel dan luas skopnya.

Journal of Solid State Science and Technology
ISSN 0128-7389

Persatuan ini juga telah melancarkan Journal of Solid State Science and Technology dan makalah-makalah yang dimuatkan dalam jurnal ini nanti akan melalui proses pengadilan yang setaraf dan serupa seperti jurnal-jurnal di peringkat antarabangsa. Proses penerbitan bahan akademik yang agak pantas dari buletin ke jurnal ini menampakkan lagi aliran pemikiran yang tepat dalam persatuan ini. Semuga jurnal ini nanti akan mengharumkan lagi nama MASS dan negara kita Malaysia dalam bidang sains dan teknologi keadaan pepejal.

Journal of Solid State Science and Technology Letters
ISSN0128-8393

Bagi menampung sumbangan kertas-kerja yang lebih bersifat laporan terkini, persatuan ini telah menerbitkan Journal of Solid State Science and Technology Letters dan makalah-makalah yang dimuatkan dalam jurnal ini juga nanti akan melalui proses pengadilan yang setaraf dan serupa seperti jurnal-jurnal di peringkat antarabangsa.