2012/06/17 – Pegawai Teknologi Maklumat (F41) dan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29)

Projek The Malaysian Cohort yang berurusetia di Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) merupakan satu projek penyelidikan kebangsaan yang telah diluluskan oleh Kabinet dan ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Kami menjemput anda WARGANEGARA MALAYSIA, BERUMUR 18 TAHUN DAN KE ATAS yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:
1. Pegawai Teknologi Maklumat F41
2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
Tarikh Iklan : 18 Jun 2012 hingga 29 Jun 2012
Taraf jawatan : KONTRAK

1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
a) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan RM2,145.88); ATAU
b) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan RM2,353.44)
Deskripsi tugas:
1. Merancang dan membangunankan sistem yang dapat menyokong keperluan projek
2. Berkepakaran di dalam semua fasa di dalam pembangunan aplikasi sistem MIS
3. Berkepakaran di dalam pengurusan pangkalan data yang terlibat di dalam pembangunan sistem.
4. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Projek dari semasa ke semasa
2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29
a) Diploma dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan RM1,745.69); ATAU
b) Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektronik (Komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan RM1,820.89)
Deskripsi tugas:
1. Sebagai pengaturcara yang bertanggungjawab bagi membangunankan sistem yang dapat menyokong keperluan projek
2. Berkepakaran di dalam semua fasa di dalam pembangunan aplikasi sistem MIS.
3. Menjalankan prosidur pemindahan data yang diperolehi daripada kawasan kajian ke dalam pangkalan data.
4. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Projek dari semasa ke semasa

Sila layari www.mycohort.gov.my ATAU datang sendiri ke pejabat kami untuk mendapatkan borang permohonan dan sebarang maklumat lanjut.
Hanya borang lengkap sahaja akan dipertimbangkan (sertakan 1 keping gambar berukuran pasport, 1 salinan Kad Pengenalan, 1 salinan Sijil Kelahiran, salinan sijil-sijil akademik dan lain-lain dokumen berkaitan). Hantarkan permohonan anda ke alamat berikut:-
Sekretariat The Malaysian Cohort
Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI)
Tingkat 7, Blok Klinikal
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur
(u.p Bahagian Pentadbiran/ perjawatan)
Tel : 03-91710415
Fax : 03-91710397
** Calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga