2012/10/18 – Setiausaha Pejabat (N27)

Projek The Malaysian Cohort yang berurusetia di Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) merupakan satu projek penyelidikan kebangsaan yang telah diluluskan oleh Kabinet dan ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Kami menjemput anda WARGANEGARA MALAYSIA, BERUMUR 18 TAHUN DAN KE ATAS yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-

PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/SETIAUSAHA PEJABAT N27

Tarikh Iklan  : 15 – 27 Oktober 2012
Kekosongan : 1
Taraf jawatan : Kontrak

Syarat Lantikan :

1. Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(Gaji permulaan : RM1,361.14); atau

2. Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat daripada UiTM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
(Gaji permulaan : RM1,661.95); dan

3. Lulus Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia (termasuk ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

Syarat Tambahan :

Berperwatakan dan berketrampilan menarik
Boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeri dengan baik
Berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang berkaitan
Bersedia menerima arahan kerja lebih masa sekiranya diperlukan

Deskripsi Tugas :

Antara tugasannya ialah
a) Pengurusan Surat-Menyurat/Fail/Emel rasmi Ketua
b) Pengurusan Mesyuarat (aktiviti sebelum , semasa dan selepas mesyuarat)
c) Pentadbiran Pejabat
Urusan diari/kalendar dan mengawal selia jadual Ketua
Urusan pencarian maklumat (tempahan hotel, tiket kapalterbang dan tempahan kenderaan untuk perjalanan)
d) Pengurusan Kewangan
e) Perhubungan Awam
Mengendalikan panggilan telefon Ketua
Melayani tetamu Ketua
f) Bersedia menjalankan lain-lain tugasan seperti yang diarahkan oleh Ketua dari semasa ke semasa

Nota :
Kakitangan berjaya akan dibayar gaji pokok sahaja terlebih dahulu. Pembayaran elaun-elaun di bawah hanya dibuat selepas minimum 3 bulan berkhidmat

ITP : RM180.00
ITKA : RM160.00
BSH : RM300.00
Elaun Pembantu Khas : RM190.00

Sila layari www.mycohort.gov.my ATAU datang sendiri ke pejabat kami untuk mendapatkan borang permohonan.

Borang permohonan yang lengkap diisi perlu dikemukakan bersama dengan 1 keping gambar berukuran pasport, 1 salinan Kad Pengenalan, 1 salinan Sijil Kelahiran, salinan sijil-sijil akademik dan lain-lain dokumen berkaitanberserta resume lengkap melalui e-mel kepada afifah_aa@yahoo.com atau secara pos ke alamat berikut:

Sekretariat The Malaysian Cohort
Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI)
Tingkat 7, Blok Klinikal
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur

(u.p Bahagian Pentadbiran/ perjawatan)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Afifah di talian 03-91710415/ faks 03-91710397
**  Calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga