2013/05/28 – Biobank Terima Anugerah Kualiti Naib Canselor 2013

28 Mei 2013. Biobank dibawah Projek Kohort Malaysia telah berjaya memenangi Anugerah Kualiti Naib Canselor dalam Majlis Anugerah Inovasi UKM ke 8 yg dijalankan di Canselori UKM.

Anugerah ini merupakan anugerah utama dari 10 anugerah yg dipertandingkan. Majllis Anugerah Inovasi UKM adalah sebuah pengiktirafan tertinggi oleh pihak universiti kepada fakulti, pusat dan institut di UKM yang mencapai kecemerlangan dalam semua bidang. Anugerah ini juga telah menaikan semangat pasukan kerja Projek Kohort Malaysia secara umumnya dan memangkin usaha dalam memastikan kualiti pengurusan dan penyimpanan sampel biologik secara khususnya.

alt