2013/06/21 – Pegawai Teknologi Maklumat (F41) dan Pembantu Penyelidik (Q17)

Projek  The  Malaysian  Cohort  yang  berurusetia  di  Institut  Perubatan  Molekul  UKM  (UMBI)  merupakan  satu  projek penyelidikan  kebangsaan  yang  telah  diluluskan  oleh  Kabinet  dan  ditaja  sepenuhnya  oleh  Kementerian  Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Kami menjemput anda  warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas  yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

Jawatan    : 1. Pegawai Teknologi Maklumat F41 (2 kekosongan)
2. Pembantu Penyelidik Q17 (10 kekosongan)

Taraf Jawatan  :  Kontrak

Tarikh Tutup  :  3 Julai 2013


———————————————————————————————————————————————–

1.  PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41

  1. Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan RM2,145.88); ATAU
  2. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan RM2,353.44)
  3. Lulus  B.M  (termasuk  ujian  lisan)  pada  peringkat  SPM  atau  kelulusan  yang  diiktiraf  setaraf  dengannya  oleh Kerajaan.

Keutamaan diberikan kepada calon berikut :

  1. Berpengalaman dalam pengurusan dan merekabentuk sistem maklumat (information system design) dan sistem pangkalan data (database system).
  2. Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan serta menjalankan lain-lain tugasan seperti yang diarahkan oleh Ketua Projek dari semasa ke semasa
  3. Bersedia menerima arahan kerja lebih masa sekiranya diperlukan
  4. Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
  5.  Bersedia untuk bekerja di lapangan / luar bandar sekiranya diperlukan

2.  PEMBANTU PENYELIDIK Q17 

  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  2. Lulus  B.M  (termasuk  ujian  lisan)  pada  peringkat  SPM  atau  kelulusan  yang  diiktiraf  setaraf  dengannya  oleh Kerajaan

Keutamaan diberikan kepada calon berikut :

  1. Lulus  subjek  elektrik/  elektronik/  teknologi  maklumat  dalam  SPM  atau  mempunyai  Sijil  Kemahiran  Malaysia (SKM) dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang setaraf dengannya
  2. Berpengalaman dalam penyelenggaraan sistem computer/ kelengkapan IT
  3. Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan serta menjalankan lain-lain tugasan seperti yang diarahkan oleh Ketua Projek dari semasa ke semasa
  4. Bersedia menerima arahan kerja lebih masa sekiranya diperlukan
  5. Bersedia untuk bekerja di lapangan / luar Bandar

LAIN-LAIN

Makanan, minuman, pengangkutan & penginapan ditanggung semasa bertugas di lapangan

Dilindungi oleh Skim Insuran Takaful Berkelompok

CARA MEMOHON

  1. Sila  layari  www.mycohort.gov.my  ATAU  emel  ke  alamat  berikut  ATAU  datang  sendiri  ke  pejabat  kami  untuk mendapatkan borang permohonan dan sebarang maklumat lanjut.
  2. Sila catatkan nama jawatan yang hendak dipohon pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat semasa memohon dan menghantar borang
  3. Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan sijil-sijil yang telah disahkan hendaklah dikemukakan kepada:-Sekretariat The Malaysian Cohort

Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI)

Tingkat 7, Blok Klinikal

Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia

Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak

56000 Cheras, Kuala Lumpur

(u.p Bahagian Pentadbiran/ Perjawatan)

ATAU Emel kepada : the_malaysian_cohort@yahoo.com.my  (tel : 03-91710415/ faks : 03-91710397)

** Calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga