2013/11/19 – Tawaran Pengajian di Peringkat Doktor Falsafah (PhD)

TAWARAN PENGAJIAN DI PERINGKAT DOKTOR FALSAFAH (PhD) DI INST. PERUBATAN MOLEKUL UKM (UMBI)

Pihak Pengurusan Projek The Malaysian Cohort (TMC)ingin menawarkan jawatan Pembantu Penyelidik (RA) kepada yang berminat untuk menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) seperti butiran di bawah:

Tajuk penyelidikan :

1.    Gene-environment interactions in Asthma

2.    Gene-environment interactions in Myocardial infarction

3.    Gene-environment interactions in Hypertension

Keperluan                : 3 orang

Jenis pengajian      : Doktor falsafah (Sepenuh masa)

Mod pengajian        : Penyelidikan sahaja


Kelayakan:

(i)        Ijazah Sarjana dalam bidang perubatan molekul/genetik yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU

(ii)      Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan molekul/genetik dengan Kepujian kelas pertama yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Keutamaan akan diberikan sekiranya mahir/berpengalaman dalam menggunakan aplikasi GIS)

(iii)     Calon harus juga seorang mempunyai komitmen dan minat yang tinggi dalam kerja-kerja penyelidikan.

Cara Memohon:

Bagi calon-calon yang berminat, sila e-mel resume lengkap, transkrip akademik dan abstrak tesis tahun akhir kepada farlizaz@ppukm.ukm.edu.my atau arman@ppukm.ukm.edu.my

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Farliza Zakaria di talian 03-91718461.

Tarikh tutup:13 Disember 2013 (Jumaat)