2013/04/23 – Lawatan ke Lembaga Zakat Selangor (oleh Sekretariat ISO)

Bahagian Pengurusan Kualiti telah mengadakan program lawatan bagi Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) di Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada 23 April 2013.

LZS dipilih berdasarkan organisasi ini telah lama melaksanakan SPK bagi MS ISO 9001: 2008 iaitu pada tahun 1999 serta cemerlang dalam melaksanakannya. Lawatan adalah bertujuan  memberi pendedahan kepada sekretariat kualiti The Malaysian Cohort (TMC) terhadap amalan kualiti yang dilaksanakan di LZS serta kepentingannya dalam sesebuah organisasi seperti cohort. Ini penting bagi memberi input berguna kepada TMC sebagai proses menuju ke arah pensijilan SPK MS ISO 9001: 2008.

OBJEKTIF

Objektif  program lawatan ke Lembaga Zakat Selangor (LZS) adalah:

  • Memberi pendedahan kepada organisasi TMC berkaitan amalan dan Sistem Pengurusan Kualiti MS     ISO 9001: 2008 yang akan akan dibangunkan.
  • Menjalinkan kerjasama pertukaran idea & maklumat berkaitan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO      9001: 2008 yang diamalkan oleh kedua- dua pihak.

HASIL LAWATAN

Terdapat input- input penting yang boleh dikongsi oleh sekretariat kualiti TMC dan UMBI selama 2 jam 30 minit program lawatan ini berlangsung. Antaranya ;

  • Memberi pendedahan kepada kumpulan kualiti TMC dan UMBI berkaitan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) 9001 yang dilaksanakan oleh LZS. Ianya meliputi dari Ibu pejabat hinggalah ke 24 cawangan- cawangannya diseluruh negeri Selangor.
  • Memahami cara pengurusan serta pengawalan dokumen dan rekod bagi SPK  9001 di LZS secara berterusan.
  • Memahami cara LZS dalam melaksanakan tindakan pembetulan dan pencegahan bagi SPK 9001.
  • Memahami cara latihan kepada kakitangan yang dilaksanakan oleh LZS.
  • Memahami sistem penyampaian maklumat berkaitan kualiti yang dilaksanakan di LZS.