2012/06/01 – Genap 5 Tahun Menjalankan Rekrutmen (Luar PPUKM)

Bulan Jun 2012 ini genap 5 tahun pasukan rekrutmen menjalankan rekrutmen di luar PPUKM, bermula dengan rekrutmen pertama bertempat MTDC, Bangi (11-22 Jun 2007). Sehingga kini lebih 170 lokasi di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak telah dilaksanakan proses rekrutmen peserta yang bakal mencapai kemuncaknya 100, 000 peserta pada September 2012 ini.

Di atas kesempatan ini, pihak projek dengan sukacitanya memberi cenderahati kepada kakitangan yang masih berkhidmat dengan projek ini sehingga ke hari ini. Semoga kita sama-sama dapat meneruskan semangat kerja berpasukan. Syabas.


Gambar 1: Rakaman sekitar sesi rekrutmen di MTDC, Bangi.

alt


Gambar 2: Penyerahan cenderahati kepada sebahagian warga TMC yang berkhidmat sejak rekrutmen di MTDC. Penyerahan berlangsung di beberapa lokasi antara 27 – 29 Jun 2012 oleh Ketua dan Pengurus Projek TMC.

alt