2016/11/30 – Jawatan Kosong: Pembantu Penyelidik (RA) Semua Kelayakan

Projek “The Malaysian Cohort” yang berurus setia di Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) merupakan satu projek penyelidikan kebangsaan yang telah diluluskan oleh Kabinet. Kami menjemput anda warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Pembantu Penyelidik (Research Assistant / RA).

Taraf Jawatan:
Kontrak

Gaji:

  • RM800.00 (SPM)
  • RM1000.00 (STPM)
  • RM1100.00 (Diploma)
  • RM1800.00 (Sarjana Muda)
  • RM2000.00 (Sarjana)

Tarikh Iklan:
30 November 2016 hingga 10 Disember 2016


Syarat-syarat/ kriteria yang diperlukan :-

  1. Mempunyai kelayakan akademik SPM /STPM /Diploma/ Sarjana Muda/ Sarjana dalam pelbagai bidang
  2. Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan serta menjalankan lain-lain tugasan seperti yang diarahkan oleh Ketua Projek dari semasa ke semasa
  3. Bersedia menerima arahan kerja lebih masa sekiranya diperlukan
  4. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
  5. Komited dalam tugas yang akan diberikan
  6. Bersedia untuk bekerja di lapangan / luar bandar sekiranya diperlukan
  7. Boleh bekerja di bawah pengawasan yang minima
  8. Komited dalam tugas yang akan diberikan

CARA MEMOHON

Calon yang berminat, sila hantar resume anda kepada kami melalui salah satu cara berikut :-

the_malaysian_cohort@yahoo.com.my, ATAU
Sekretariat The Malaysian Cohort
Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI)
Tingkat 7, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur
(u.p Bahagian Pentadbiran/ Perjawatan)

Sila layari http://www.mycohort.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kami.

**  Calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga. Kemasukan adalah dalam kadar segera.