The Malaysian Cohort

Colorectal Cancer Screening

  • The Malaysian Cohort project is currently conducting early screening test to detect Colorectal Cancer (Colon & Rectum) among the local population. This test is performed via iFOBT (Immunochemical Fecal Occult Blood Test) Kit using individual stool sample. The test result will show either NEGATIVE result (i.e. no early sign of cancer) or POSITIVE result (i.e. possible early sign of cancer). If the test is POSITIVE, the individual is advised to seek further medical examination or undergo endoscopic procedure. Interested individuals can buy this kit at UMBI at the price of RM20 per kit. Individuals at high risk are encouraged to do this screening. For further information, please contact us at 1 800 88 2007.

    This screening is free for participants of The Malaysian Cohort project. 2 kits will be provided free of charge (pay a deposit of RM 30 and will be refunded once participants return the kit for laboratory testing).

    The time for return of the kit is as follows:
    Day: Sundays- Thursday
    Time: 10am – 12.30pm (counter closed 1pm – 2pm)
    You may also be able to submit others the time stated above, BUT the deposit refund will be returned by online banking (where participants must write bank account number and name on blue paper attached to plastic sample kit).

    Prepared by:
    Nazihah Jalal, Science Officer, UMBI
    Mohd Arman Kamaruddin, Science Officer, UMBI

     


     

    Projek The Malaysian Cohort kini sedang menjalankan ujian saringan awal bagi mengesan Kanser Kolorektal (Kolon/Usus Besar & Rektum) di kalangan populasi tempatan. Ujian ini dilakukan dengan Kit iFOBT (Immunochemical Fecal Occult Blood Test) yang menggunakan sampel najis individu. Hasil ujian ini akan menunjukkan sama ada keputusan NEGATIVE (i.e. tiada tanda awal kanser) atau keputusan POSITIF (i.e. kemungkinan ada tanda awal kanser). Jika ujian adalah POSITIF, individu dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan perubatan lanjut atau menjalani prosedur endoskopi. Individu yang berminat boleh membeli kit ini di UMBI pada harga RM20 setiap kit. Individu berisiko tinggi amat digalakkan menjalani ujian saringan ini. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian 1 800 88 2007.

    Ujian saringan ini percuma kepada peserta projek The Malaysian Cohort. 2 kit akan diberikan secara percuma (perlu membayar deposit RM 30 dan akan dikembalikan setelah peserta menyerahkan semula kit tersebut untuk ujian makmal).

    Masa untuk penyerahan semula kit adalah seperti berikut:
    Hari : Ahad-Khamis
    Masa : 10am – 12.30pm (1-2PM rehat- kaunter Tutup)
    Anda boleh juga boleh menyerahkan kit luar pada waktu di atas, TETAPI pemulangan wang deposit adalah dalam bentuk perbankan atas talian (dimana peserta hendaklah menulis no.akaun bank beserta nama di kertas biru yg terlekat pada plastik sampel kit).

    Disediakan oleh:
    Nazihah Jalal, Pegawai Sains, UMBI
    Mohd Arman Kamaruddin, Pegawai Sains, UMBI

  • How To Use IFOBT Kit:

  • Frequently Asked Questions (FAQs) Related to Cancer Screening Test using the Immunochemical Occult Blood Test Kit (iFOBT)

    Part 1: If the Exam Test Is Positive

    1. What is the charge for colonoscopy treatment at HCTM (formerly known as HUKM)?

    The colonoscopy treatment fee at HCTM is roughly RM300 plus the first-time registration fee for patients. For seniors over 55 years old, the cost of treatment is half the price. For those with a Guarantee Letter(GL), it is subject to GL policy. Please refer to the HCTM surgery clinic for more information (03-9145 7027).

     

    2. If I get positive results for the iFOBT test, do I have colorectal cancer?

    No. This iFOBT test is the first screening test for colorectal cancer only. This test also works to detect the presence of blood in the stool. You need to follow the colonoscopy procedure to know more about the condition of your colon.

     

    3. During these 1 month, the HCTM surgeries did not contact me. So what action should I take?

    Madam / Sir (participant) may contact the Surgeon Clinic, HCTM at 03-9145 7027 to inquire further regarding your appointment.

     

    4. I already have an appointment date with the HCTM surgery clinic. Do I need to fast on the appointed date?

    No need. For the first time, you will see your doctor for further procedure evaluation.

     

    5. In the past few days I have been worried after learning about iFOBT test results. What are the possible consequences of iFOBT test positive results?

    If the result of the iFOBT test is positive, you do not need to worry, your colon may have other causes besides cancer such as wounds, ulcers, haemorrhoids, tumors. You need further treatment.

     

    6. Can I repeat the iFOBT test again?

    Yes. However, for this repeat test, you will have to pay RM20 for an iFOBT kit (via UWC).

     

    7. Why was my first kit result positive while my second kit result was negative (or vice versa)?

    This depends on the way the sample is made / how the sample is taken. If it is taken at the right time and in the right way, the test results will be more accurate. As such, we encourage the test to be done more than once.

     

    8. I’ve previously been diagnosed with haemorrhoids. Does haemorrhoids affect my iFOBT test results?

    For people with haemorrhoids it is not advisable to carry out the iFOBT test as it will interfere with the test.

     

    Part 2: Deposit Payment (after the participant submits the kit)

    1. What is my deposit payment method?

    Deposit payment method will be made by cash payment (by Head of Field) if you present / submit sample to UMBI on Monday-Friday from 9.30 am to 4.00 pm (1.00 pm – 2.00 pm: break time).

    OR

    by payment online if submitted other than the time specified earlier.

     

    2. I have sent the stool samples to TMC but I have not received my deposit. How do I get the deposit money?

    Payment of the deposit will be made online and you will be required to provide information on bank account number, bank name and bank name.

     

    3. How long does it take for TMC to make a deposit payment online?

    One to four weeks from the sample delivery period but this payment also depends on the current situation.

     

    4. Can I not reclaim my deposit?

    Can but not recommended.

     

    5. When is the right time for me to come to TMC for cash deposit payment?

    To receive a cash payment, you must come to TMC during working hours, which is from Monday-Friday from 9.30 am to 4.00 pm (1.00 pm – 2.00 pm: break time).

     

    6. How can I tell if TMC has made me an online deposit money payment?

    You will receive a short message (SMS) from the bank regarding the payment of deposit money to your account. If not, please contact us at 1-800-88-2007.

  • Soalan Lazim (Frequently Asked Questions-FAQs) Berkaitan Dengan Ujian Saringan Kanser Kolorektal menggunakan Kit Immunochemical Occult Blood Test (iFOBT)

    Bahagian 1:  Jika Ujian Saringan Adalah Positif

    1. Berapakah caj bayaran rawatan kolonoskopi di HCTM (dahulunya dikenali sebagai HUKM)?

    Secara kasar caj bayaran rawatan kolonoskopi di HCTM ialah sebanyak RM 300 termasuk dengan caj bayaran pendaftaran kali pertama untuk pesakit. Bagi warga emas lebih 55 tahun, caj bayaran rawatan adalah separuh harga. Bagi yang mempunyai Guarantee Letter(GL)/Surat jaminan pula tertakluk kepada polisi GL. Sila rujuk klinik surgeri HCTM untuk makluman lanjut (03-9145 7027).

     

    2. Jika saya mendapat keputusan positif untuk ujian iFOBT, adakah saya menghidapi penyakit kanser kolorektal?

    Tidak. Ujian iFOBT yang dijalankan ini adalah ujian saringan awal kanser kolorektal sahaja. Ujian ini juga berfungsi dalam mengesan kehadiran darah dalam najis. Tuan/puan perlu mengikuti prosedur kolonoskopi untuk mengetahui lebih lanjut sejauh mana keadaan usus tuan/puan. 

     

    3. Dalam masa 1 bulan ini, pihak klinik surgeri HCTM tidak menghubungi saya. Jadi apakah tindakan yang patut saya lakukan?

    Puan/Tuan (peserta) boleh menghubungi Klinik Surgeri, HCTM di talian 03-9145 7027 untuk bertanya lebih lanjut berkenaan temujanji tuan/puan. 

     

    4. Saya sudah mempunyai tarikh temujanji dengan klinik sugeri HCTM. Adakah saya perlu puasa pada tarikh temujanji yang ditetapkan?

    Tidak perlu. Bagi temujanji kali pertama, tuan/puan akan berjumpa dengan doktor untuk penilaian prosedur lanjutan. 

     

    5Dalam beberapa hari ini saya risau/khuatir selepas saya mengetahui keputusan ujian iFOBT. Apakah kemungkinan yang akan berlaku untuk keputusan positif ujian iFOBT?

    Jika keputusan ujian iFOBT adalah positif, tuan/puan tidak perlu risau, ini bermakna usus besar tuan/puan berkemungkinan terdapat sebab lain selain kanser iaitu seperti luka, ulser, buasir, tumor/ketumbuhan. Tuan/puan perlu mendapatkan rawatan lanjut.

     

    6. Bolehkah saya mengulangi sekali lagi ujian iFOBT?

    Boleh tetapi untuk ujian pengulangan ini, tuan/puan perlulah membayar dengan bayaran RM20 untuk satu kit iFOBT (melalui UWC).

     

    7. Mengapakah keputusan untuk kit pertama saya positif manakala keputusan kit kedua saya negatif (atau sebaliknya)? 

    Ini bergantung kepada cara persampelan dibuat cara sampel najis diambil. Jika ia diambil dengn masa dan cara yang betul, keputusan ujian akan lebih tepat. Justeru, pihak kami menggalakan ujian dibuat lebih dari sekali.

     

    8. Sebelum ini saya pernah disahkan menghidapi buasir. Adakah penyakit buasir mempengaruhi keputusan ujian iFOBT saya?

    Bagi penghidap penyakit buasir tidak digalakkan untuk menjalankan ujian iFOBT kerana ia akan menggangu ujian yang dijalankan. 

     

    Bahagian 2: Pembayaran Wang Deposit (setelah peserta menyerahkan kit semula)

    1. Bagaimanakah kaedah pembayaran wang deposit saya?

    Kaedah pembayaran wang deposit akan dilakukan melalui pembayaran secara tunai (oleh Ketua Lapangan) jika tuan/puan hadir/serah sampel ke UMBI pada hari Isnin-Jumaat pada pukul 9.30 am sehingga 4.00 pm (1.00 pm – 2.00 pm : waktu rehat).

    ATAU

    secara pembayaran secara atas talian (online) jika serah selain seperti waktu yang dinyatakan tadi. 

     

    2. Saya telah menghantar sampel najis ke TMC tetapi saya belum lagi mendapat wang deposit saya. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan wang deposit berkenaan?

    Pembayaran wang deposit akan dilakukan secara atas talian dan tuan/puan diminta untuk melengkapkan maklumat tentang nombor akaun bank, nama bank dan nama pemegang bank. 

     

    3. Berapa lamakah tempoh yang diambil untuk TMC membuat pembayaran wang deposit secara atas talian?

    Satu 1- 4 minggu dari tempoh penghantaran sampel  tetapi pembayaran ini juga bergantung kepada keadaan semasa. 

     

    4. Bolehkah saya tidak mahu menuntut kembali pembayaran wang deposit saya?

    Boleh tetapi tidak digalakkan. 

     

    5. Bilakah masa yang sesuai untuk saya datang ke TMC bagi mendapatkan pembayaran wang deposit secara tunai?

    Bagi mendapatkan pembayaran secara tunai, tuan/puan hendaklah datang ke TMC pada waktu bekerja iaitu pada hari Isnin-Khamis pada pukul 9.30 am sehingga 4.00 pm (1.00 pm – 2.00 pm : waktu rehat).

     

    6. Bagaimanakah cara saya boleh mengetahui bahawa TMC telah membuat pembayaran wang deposit secara atas talian kepada saya? 

    Tuan/puan akan menerima pesanan ringkas (SMS) dari pihak bank tentang pembayaran wang deposit ke akaun tuan/puan. Jika tiada, mohon hubungi kami di talian 1-800-88-2007.

  • POLIP KOLOREKTAL: APA YANG PERLU ANDA TAHU?

    Adakah anda pernah mengalami  gejala masalah pencernaan seperti cirit-birit (diarrhea) berpanjangan, mengalami perubahan yang ketara apabila membuang air besar, pendarahan pada rektum (saluran pembuangan)...

Translate »