Industrial Trainning

Exercise module

‘The Malaysian Cohort’ is a research project involving  the collection of large amount of data with the purpose of producing high quality output that are useful for knowledge sources to other researchers in medical field. Thus, student’s involvement in internship especially in statistic could expose them with big data so that they have the experience in analyzing using software and statistic methodology that they are going to learn.

Internship student will be exposed with the usage of SPSS and STATA in managing and analyzing data related to medical. Statistical methodology in medical will be taught in which the ways in arranging and filtering data are involved. In addition, the analysis level transcends beyond descriptive methodology. Multi variate level in tandem with the nature of big data which are formed from more than one dependent variable. Depending on the research objective, among the statistical analysis are:

  1. Descriptive statistical analysis
  2. Data screening prior to Inferential Analysis
  3. Correlation & Simple Linear Regression
  4. T-test & Their Equivalent Nonparametric Test
  5. Simple and Multiple Logistic Regression

Data reported in medical has its own discipline and methodology. So, students are exposed with methods in reporting medical data as the ones published in journal article. This report has its own standard to ensure shared data could give clear understanding and delivers the intended meanings to researchers. Students involvement in small scale project in which the purpose was to analyze the medical data are part of the technical report tasks. Discussion with science officers in this project is done to understand the objective and needs of this small scale project. Research officer who is very skillful in medical statistic is ready to guide the students as well. Before the internship ends, students need to present their research output to the project leaders to ensure critical evaluation.

Activity (Recruitment related)

In the effort to understand the data from research activities under The Malaysian Cohort, students are exposed with the collection data procedures on hands. This data collection is more synonym with the term ‘recruitment’ in this project. Interns will placed at the ‘inbody’ station. Participants are contacted by the phone calling and home visit in which interns are also part of this routine.


 

Modul latihan-secara ringkas

The Malaysian Cohort (TMC) merupakan sebuah projek penyelidikan yang melibatkan pengumpulan data yang banyak bertujuan untuk mendapatkan nilai output yang berkualiti dalam usaha memberikan maklumat yang berguna kepada penyelidik lain dalam bidang kesihatan. Oleh itu, pembabitan pelajar latihan industri terutama dalam bidang statistik dapat mendedahkan mereka dengan big data supaya mereka mendapat pendedahan menganalisis data yang banyak dengan perisian dan metodologi statistik yang mereka telah pelajari.

Pelajar latihan industri akan diberi pendedahan menggunakan SPSS & STATA dalam mengendalikan dan menganalisis data berkaitan kesihatan. Metodologi statistik dalam bidang kesihatan akan didedahkan di mana cara untuk menyusun data dan menapis data juga akan didedahkan. Di samping itu, peringkat analisis bukan sahaja membabitkan metodologi deskriptif, bahkan ke peringkat ‘multi variate’ sesuai dengan keadaan data yang sangat banyak dan berbentuk lebih daripada satu ‘variable’ kuantitatif data bersandar (dependent variable). Bergantung kepada jenis penyelidikan, antara analisis statistik yang akan didedahkan adalah:

  1. Descriptive statistical analysis
  2. Data screening prior to Inferential Analysis
  3. Correlation & Simple Linear Regression
  4. T-test & Their Equivalent Nonparametric Test
  5. Simple and Multiple Logistic Regression

Laporan data dalam bidang kesihatan mempunyai disiplin dan metodologi tersendiri. Oleh itu,pelajar akan didedahkan dengan cara melaporkan data kesihatan yang dikeluarkan pada sumber penerbitan seperti artikel dalam jurnal. Laporan ini mempunyai tanda aras tersendiri untuk memastikan data yang dikongsikan memberi kefahaman yang jelas dan mencapai maksud kepada penyelidik. Penglibatan pelajar di dalam projek berskala kecil yang bertujuan menganalisis data-data kesihatan adalah berkaitan dengan kerja-kerja teknikal laporan ini. Diskusi bersama pegawai sains di dalam projek ini dilakukan untuk memahami objektif dan keperluan projek berskala kecil di samping berada di bawah pantauan pegawai penyelidik yang mahir dalam selok-belok penggunaan statistik dalam bidang kesihatan. Sebelum berakhir sesi latihan industri ini, pelajar perlu membentangkan hasil kajian kepada ketua projek untuk memastikan kerja yang dibuat dapat dinilai dengan lebih kritis dan kritikal.

Aktiviti (melibatkan rekrutmen)

Dalam usaha memahami data yang dihasilkan daripada aktiviti penyelidikan dalam projek TMC, pelajar perlu didedahkan dengan aktiviti pengumpulan data. Pengumpulan data dalam projek ini lebih sinonim dikenali sebagai aktiviti rekruitmen. Mereka akan berada di stesen Analisi Komposis Badan. Peserta di dalam projek ini juga dipanggil dengan cara menghubungi mereka melalui telefon dan lawatan dari rumah ke rumah. Pelajar akan terlibat dalam panggilan inj di samping menjawab panggilan dari peserta responden projek ini.

Pelajar berminat untuk menjalanji latihan industri di boleh menghantar permohonan kepada Pengurus  projek TMC: arman@ppukm.ukm.edu.my