23 APRIL- 1 MEI 2018- DEWAN ARENA BELIA SANDAKAN, SANDAKAN, SABAH.

Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) akan menjalankan Projek Penyelidikan Kebangsaan-The Malaysian Cohort (Pemeriksaan Kesihatan Percuma) pada 15-19 APRIL 2018- DEWAN ARENA BELIA SANDAKAN, SANDAKAN, SABAH.

Lokasi:

Pihak projek telah membuat program yang sama di sini pada 2011 (7 tahun lalu) melibatkan lebih 616 peserta dari kalangan masyarakat Sandakan.

Kami menjemput para peserta yang sama, juga peserta baru untuk menjalani saringan kesihatan yang ditawarkan. Warga negara Malaysia berusia 35-65 tahun dipelawa menjadi sukarelawan dalam menyertai projek kebangsaan ini. Anda akan menjalani:

1. UJIAN DARAH & URIN (Glukosa,Lipid/Kolestrol, Kiraan Darah Penuh, HbA1c,Fungsi Buah Pinggang)
2. UJIAN BIOFIZIKAL (Tekanan Darah, BMI, Analisis Komposisi badan).
3. SESI SOAL SELIDIK (sejarah kesihatan & rawatan, sejarah tempat tinggal, pekerjaan, diet)

Nota: Dewan Arena Belia Sandakan (Pejabat Kementerian Belia Sukan.Bahagian Sandakan), terletak di Jalan Bunga Buton,Batu 1 1/2 Sandakan, belakang Sekolah Rendah Chin Hwa Kingarden dan sebelah Sekolah Agama Negeri.