3-13 MEI 2018- DEWAN ARENA KENINGAU, SABAH

Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) akan menjalankan Projek Penyelidikan Kebangsaan-The Malaysian Cohort (Pemeriksaan Kesihatan Percuma) pada 3-13 MEI 2018- DEWAN ARENA KENINGAU, SABAH.

Lokasi:

Pihak projek telah membuat program yang sama di sini pada 2011 (7 tahun lalu) melibatkan lebih 700 peserta dari kalangan masyarakat Keningau.

Kami menjemput para peserta yang sama, juga peserta baru untuk menjalani saringan kesihatan yang ditawarkan. Warga negara Malaysia berusia 35-65 tahun dipelawa menjadi sukarelawan dalam menyertai projek kebangsaan ini. Anda akan menjalani:

1. UJIAN DARAH & URIN (Glukosa,Lipid/Kolestrol, Kiraan Darah Penuh, HbA1c,Fungsi Buah Pinggang)
2. UJIAN BIOFIZIKAL (Tekanan Darah, BMI, Analisis Komposisi badan).
3. SESI SOAL SELIDIK (sejarah kesihatan & rawatan, sejarah tempat tinggal, pekerjaan, diet)
Nota: Dewan Arena Belia Keningau
 Berhadapan Keningau Library