8- 16 OGOS 2018, BALAIRAYA JKKR FELDA G.BESOUT 1, PERAK

Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) akan menjalankan Projek Penyelidikan Kebangsaan-The Malaysian Cohort (Pemeriksaan Kesihatan Percuma) pada 8- 16 OGOS 2018, BALAIRAYA JKKR FELDA BESOUT 1, PERAK.
Lokasi:

Pihak projek telah membuat program yang sama di sini pada 2008 (10 tahun lalu) melibatkan lebih 600 peserta dari kalangan masyarakat Felda Besout.

Kami menjemput para peserta yang sama untuk menjalani saringan kesihatan yang ditawarkan. Warga negara Malaysia berusia 35-65 tahun dipelawa menjadi sukarelawan dalam menyertai projek kebangsaan ini. Anda akan menjalani:
1. UJIAN DARAH & URIN (Glukosa,Lipid/Kolestrol, Kiraan Darah Penuh, HbA1c,Fungsi Buah Pinggang)
2. UJIAN BIOFIZIKAL (Tekanan Darah, BMI, Analisis Komposisi badan).
3. SESI SOAL SELIDIK (sejarah kesihatan & rawatan, sejarah tempat tinggal, pekerjaan, diet)