Jawatan Kosong: Pembantu Penyelidik (Q19)

Projek The Malaysian Cohort merupakan satu projek penyelidikan kebangsaan yang telah diluluskan oleh Kabinet. Kami menjemput anda WARGANEGARA MALAYSIA yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

Jawatan                    :           PEMBANTU PENYELIDIK Q19

Tarikh Iklan            :             7 Januari 2021 hingga 20 Januari 2021

Taraf jawatan         :             Kontrak

 

Syarat lantikan: 

  1. Kelayakan minimum adalah SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, DAN
  2. Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Gaji pokok : RM1, 355.00)

 

Kriteria lain yang diperlukan:

  1. Calon daripada aliran sains atau mempunyai subjek sains dan mempunyai pengalaman berkaitan kerja-kerja makmal akan diberi keutamaan.
  2. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
  3. Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan serta menjalankan tugasan lain seperti yang diarahkan oleh Ketua Projek tanpa/ di bawah pengawasan yang minimum dari semasa ke semasa.
  4. Bersedia menerima arahan kerja lebih masa sekiranya diperlukan.
  5. Bersedia untuk bekerja di lapangan / luar bandar sekiranya diperlukan.

Calon yang berminat dan berkelayakan, sila hantarkan resume berserta salinan akademik anda ke salah satu alamat berikut :

the_malaysian_cohort@yahoo.com.my  

ATAU

Sekretariat The Malaysian Cohort

Tingkat 7, Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI)

Pusat Perubatan UKM

Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak

56000 Cheras, Kuala Lumpur

(u.p Bahagian Pentadbiran/ Perjawatan)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En Arman/ Pn Afifah (03-91710415/ 1-800-88-2007)

Lampiran: IKLAN JAWATAN PEMBANTU PENYELIDIK_2021

 

** Calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga