Jawatan Kosong: Pembantu Penyelidik Q19

Projek The Malaysian Cohort yang berurusetia di Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) merupakan satu projek penyelidikan kebangsaan yang telah diluluskan oleh Kabinet. Kami menjemput anda WARGANEGARA MALAYSIA, LELAKI, BERUMUR ANTARA 18 – 30 TAHUN yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :-

Jawatan                  :               PEMBANTU PENYELIDIK Q19

Tarikh Iklan            :               5 Januari 2018 hingga 19 Januari 2018 

Taraf jawatan         :               Kontrak

 

 

——————————————————————————————————————————————————

Syarat lantikan: 

  1. Kelayakan minimum adalah SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, DAN
  2. Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Gaji pokok : RM1, 355.00)

Kriteria lain yang diperlukan:

  1. Calon adalah lelaki yang sihat dari segi fizikal dan mental.
  2. Memiliki kenderaan (minimum, motosikal persendirian) dan lesen memandu kelas B2 dan D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia. Calon yang mempunyai lesen GDL adalah satu kelebihan.
  3. Mempunyai kemahiran atau pengalaman asas di dalam bidang mekanikal, elektrikal dan awam.
  4. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang berasal atau menetap di sekitar Lembah Klang atau berdekatan PPUKM.
  5. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
  6. Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan serta menjalankan tugasan lain seperti yang diarahkan oleh Ketua Projek tanpa/ di bawah pengawasan yang minimum.
  7. Bersedia menerima arahan kerja lebih masa sekiranya diperlukan.
  8. Bersedia untuk bekerja di lapangan / luar bandar sekiranya diperlukan.

 

Calon yang berminat dan berkelayakan, sila hantarkan RESUME dan KARANGAN yang bertajuk ‘PERIHAL DIRI, PERANCANGAN DAN KERJAYA’ (360 patah perkataan) anda ke salah satu alamat berikut:

the_malaysian_cohort@yahoo.com.my  

ATAU

Sekretariat The Malaysian Cohort

Tingkat 7, Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI)

Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia

Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak

56000 Cheras, Kuala Lumpur

(u.p Bahagian Pentadbiran/ perjawatan)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi, En Arman 03-91710415 atau Pn. Afifah 03-91456321 (ext 9036).

** Calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga

IKLAN PENUH DI SINI