Lawatan Penilaian (Surveillance) MS ISO 15189:2014 Oleh Jabatan Standards Malaysia

LAWATAN PENILAIAN (SURVEILLANCE) MS ISO 15189:2014 OLEH JABATAN STANDARDS MALAYSIA

Program Lawatan Penilaian (Surveillance) MS ISO 15189:2014 oleh Jabatan Standards Malaysia telah diadakan pada 22 November 2021. MS ISO 15189:2014 adalah standard utama yang diiktiraf diperingkat antarabangsa sebagai keperluan dalam mematuhi sistem pengurusan kualiti makmal perubatan. Makmal yang telah diakreditasikan adalah makmal yang telah diperakui kompeten dalam melaksanakan ujian makmal perubatan. Penilaian dan pemantauan berterusan dilaksanakan secara berkala oleh Jabatan Standards Malaysia. Akreditasi makmal yang terlibat adalah makmal Bioanalitikal (Hematologi dan Patologi Kimia) Tingkat 6, UMBI di bawah Bahagian Biobank & Bioanalitikal, Projek TMC. Makmal ini telah menerima pensijilan akreditasi sejak tahun 2011 (SAMM No.537). Juruaudit juga telah diaudit oleh Jab.Standard Malaysian dalam sesi ini.

Foto: Ketua Projek TMC, Prof. Datuk Dr. A Rahman (Felo Utama UMBI)- 6 dari kiri, En. Sin Ka Soon, Ketua Penilai Jabatan Standard Malaysia- 7 dari kiri serta pasukan akreditasi makmal dari Projek TMC dan Jabatan Standards Malaysia