The Malaysian Cohort

Participant Information Leaflet

1.   WHAT IS THE PURPOSE OF THE MALAYSIAN COHORT PROJECT?

The major aim of this project is to improve the prevention, diagnosis and treatment of major diseases such as cancer, heart disease, diabetes and a wide range of other serious illnesses. The bulk of our knowledge on human diseases is obtained only when people developed these diseases. The approach of this project is to observe and follow the health of 100,000 volunteers between the ages of 35 to 65 from all over Malaysia in order to determine how lifestyles, environment and genes affected their health. By analyzing the administered questionnaires, biomedical measurements as well as blood and urine samples collected from participants, medical researchers will be able to come up with the reasons as to why some people develop certain diseases while others do not. For example, the researchers will be able to answer the following questions through this project: “Do certain diets predispose Malaysian population to cancer? Does passive smoking increase the risk of lung cancer as observed in those who actively smoke? Do certain occupations predispose certain individuals to certain diseases? Are there new biomarkers that could help in the early detection of diseases or prevent them altogether?”

Expanding our knowledge about our local population using data from our own local study will also allow us to find new ways to prevent early deaths and disabilities arising from the many different diseases.

Similar to donating blood for transfusions, The Malaysian Cohort project may not directly help you as an individual, but it will give our future generations a much better chance of having their lives free of diseases that disable and kill (such as cancers).

1.   APAKAH TUJUAN PROJEK THE MALAYSIAN COHORT?

Tujuan utama projek ini ialah melakukan kajian untuk memperbaiki proses pencegahan, diagnosis dan rawatan bagi penyakit utama seperti kanser, penyakit jantung, kencing manis dan pelbagai penyakit serius yang lain.  Pengetahuan kita tentang penyakit kebanyakannya diperolehi hanya apabila penyakit sudah berlaku.  Pendekatan yang ingin kita lakukan ialah sebelum penyakit berlaku dengan melakukan pemerhatian dan mengikuti perkembangan kesihatan terhadap 100,000 sukarelawan, berumur di antara 35 hingga 65 tahun meliputi semua negeri di Malaysia dan melihat bagaimana kesihatan mereka terjejas oleh gaya hidup, persekitaran dan faktor genetik.  Dengan mengkaji data dari soal selidik, pengukuran fizikal dan analisa darah dan urin dari peserta, para penyelidik nanti akan dapat membuat pemerhatian dan menentukan sebab mengapa ada individu yang mendapat penyakit tertentu (contohnya kanser) dan mengapa ada orang lain yang tidak mendapat penyakit tersebut. Projek ini juga akan dapat menjawab soalan seperti berikut: Adakah tabiat pemakanan tertentu meningkatkan risiko penduduk Malaysia kepada kanser? Adakah menghidu asap rokok secara pasif meninggikan risiko untuk mendapat kanser paru-paru? Adakah pekerjaan tertentu mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit tertentu? Bolehkah kita membuat penemuan penanda baru yang dapat mengesan penyakit lebih awal atau mencegah penyakit daripada terjadi?

Projek ini juga akan dapat meningkatkan pengetahuan kita tentang populasi di Malaysia justeru akan membenarkan penyelidik mencari kaedah baru untuk mencegah kematian awal dan ketidakupayaan akibat dari pelbagai penyakit.

Seperti proses menderma darah, Projek Kohort Malaysia ini mungkin tidak akan dapat memberikan faedah secara langsung kepada anda secara individu TETAPI ia akan memberikan harapan kepada generasi masa depan peluang yang lebih baik untuk mencegah dan bebas dari penyakit seperti kanser.

 

2.   WHAT WILL BE REQUIRED OF YOU IF YOU AGREE TO PARTICIPATE IN THE MALAYSIAN COHORT PROJECT?

If you agree to participate and give us your consent, you will be required to:-

  1. Answer a simple questionnaire which will take about 45-60 minutes. An interviewer will be there to ask you the questions.
  2. Come to a study assessment center to have several standard measurements done— such as weight, height, body fat analysis and lung function test. These are all very simple tests and will not cause any discomfort.
  3. Agree to give us a small sample of your blood (at least 40 ml) and urine.
  4. Agree to allow your health to be followed for many years by The Malaysian Cohort directly via routine medical records or other relevant records, or via other methods.
  5. Agree to allow us to re-contact you to answer some additional questions and/or attend a repeat assessment visit (this will be entirely optional).

2.   APAKAH YANG DIPERLUKAN JIKA ANDA BERSETUJU UNTUK MENYERTAI PROJEK THE MALAYSIAN COHORT?

Jika anda bersetuju untuk menyertai dan menandatangani borang persetujuan, anda diperlukan untuk:-

  1. Menjawab soalan soal selidik yang akan mengambil masa antara 45-60 minit. Anda akan ditemuduga oleh penemuduga yang terlatih.
  2. Hadir ke pusat penilaian kajian untuk melakukan pengukuran piawai (standard) seperti berat, tinggi, analisis komposi badan dan ujian fungsi paru-paru. Ujian-ujian ini adalah ujian-ujian mudah yang tidak menyakitkan.
  3. Bersetuju untuk memberi kami sampel darah (lebih kurang 40 ml) dan air kencing.
  4. Bersetuju supaya status kesihatan anda disusul untuk tahun-tahun akan datang melalui rekod perubatan yang rutin atau lain-lain rekod, atau kaedah-kaedah lain.

Bersetuju untuk membenarkan kami untuk menghubungi anda semula untuk menjawab beberapa soalan tambahan dan/atau menghadiri penilaian ulangan (diberi pilihan sepenuhnya).



3.   WHAT HAPPENS AT THE STUDY ASSESSMENT CENTRE?

The appointment at the study center should take only about 2 – 3 hours. During the visit, you will:

  1. Present your MyKad/Identification Card to the registration counter.
  2. Be guided to various stations to have some standard measurements taken. These include blood pressure, ECG, height, weight, body fat and lung function.
  3. Give a small sample of your blood (at least 40 ml). A trained phlebotomist will be there to take the blood sample. You will feel a little pain or discomfort during the short time of blood taking. Some of the blood will be used for some baseline tests, while the rest will be processed and kept for long term storage and future analysis (including genetic analysis).
  4. Receive some information about the key results of your examination and measurements. However, it should be reminded that this visit is not intended to be a comprehensive health check-up. (None of your individual results will be released to your doctor or anyone else without your consent).

3.   APAKAH YANG AKAN BERLAKU  DI PUSAT PENILAIAN KAJIAN?

Temujanji di pusat kajian hanya mengambil masa 2-3 jam.  Semasa lawatan anda akan:

  1. Menunjukkan Mykad / kad pengenalan di kaunter pendaftaran.
  2. Ditemani ke beberapa stesen untuk mengambil pengukuran yang piawai. Ini termasuk pengukuran tekanan darah, elektrokardiogram (EKG), tinggi, berat, analisis komposisi badan dan fungsi paru-paru.
  3. Memberikan sedikit sampel darah (lebih kurang 40 ml). Seorang petugas yang telah terlatih dalam pengambilan darah akan mengambil sampel darah anda. Anda mungkin akan berasa sakit sedikit semasa pengambilan darah. Sebahagian daripada darah anda akan digunakan untuk beberapa ujian asas sementara yang lainnya akan diproses dan disimpan untuk analisa pada masa akan datang (termasuk analisa genetik). 
  4. Menerima beberapa maklumat tentang keputusan ujian dan pengukuran tetapi anda perlu jelas bahawa lawatan ini bukanlah pemeriksaan kesihatan yang komprehensif (keputusan dan data anda tidak akan didedahkan kepada doktor atau sesiapa pun tanpa izin atau persetujuan anda).

 

4.   WHAT ARE THE BASELINE TESTS ON THE BLOOD SAMPLE THAT WILL BE PERFORMED AND WILL THE RESULTS BE MADE KNOWN?

There will be 3 baseline tests performed on your blood sample, which are:

  1. Fasting blood sugar (a level above 7.0 mg/dl means you are likely to have diabetes mellitus)
  2. Fasting serum cholesterol (a level above 5 mmol/L means you have a high level of fat in your blood and may need further tests)
  3. Full blood count (this will inform you whether you are anemic, i.e. have reduced number of red blood cells, as well as give information on the number of your white blood cells and platelets.

You will be given these results for your keeping. We will advice if you need to be referred to a doctor (either family doctor, panel doctor or government doctor) for further assessment. Your individual results will be kept in our records with strict confidence.

4.   APAKAH DIA UJIAN-UJIAN ASAS PADA SAMPEL DARAH YANG DIAMBIL DAN ADAKAH KEPUTUSANNYA AKAN DIKETAHUI?

Terdapat 3 ujian asas yang dijalankan pada sampel darah anda, iaitu:

  1. Paras gula dalam darah sewaktu berpuasa (jika aras melebihi 7.0 mg/dl bermaksud anda berkemungkinan menghidapi penyakit kencing manis atau diabetes mellitus).
  2. Paras kolesterol dalam serum (jika aras melebihi 5 mmol/L bermaksud anda mempunyai aras lemak yang tinggi dalam darah dan mungkin memerlukan ujian selanjutnya).
  3. Ujian dan pengiraan sel darah ini akan memaklumkan samada anda mempunyai anemia iaitu kekurangan jumlah sel darah merah dan juga maklumat tentang sel darah putih dan platelet (sel darah pembeku).

Keputusan ini akan diberikan kepada anda untuk simpanan.  Kami juga akan memberikan nasihat sekiranya anda perlu berjumpa dengan doktor (samada doktor keluarga, doktor panel atau doktor kerajaan) untuk penilaian selanjutnya.  Keputusan peribadi peserta akan disimpan sebagai rekod sulit.

 

5.   WHAT HAPPENS AFTER THE ASSESSMENT VISIT?

We plan to follow-up the health of all participants who agreed to take part in the project for many years after the initial assessment visit. One method is for you to give us consent to go through your medical record or other relevant records. We will also send you a simple questionnaire (with a stamped self-addressed envelope) every six months for you to fill in. We will also request your permission for us to call you (by phone or SMS) every six months to find out about your health.

Some participants might be re-contacted and asked several more questions, although this would be entirely optional (whether you agree or do not agree). Some participants might be asked to attend similar assessment visits in later years, although this would also be optional.

All your information will be kept confidential under strict control. No identifiable information about any participants would be made available to anyone outside The Malaysian Cohort project.

5.   APAKAH YANG BERLAKU SELEPAS LAWATAN PENILAIAN?

Kami merancang untuk membuat susulan ke atas status kesihatan semua peserta yang telah bersetuju untuk mengambil bahagian. Satu cara ialah dengan anda memberikan persetujuan kepada kami untuk menyemak rekod perubatan anda atau rekod lain yang berkenaan.  Kami juga akan menghantar soal selidik yang ringkas (bersama sampul yang bersetem dengan alamat penerima) setiap 6 bulan untuk diisi.  Kami juga akan meminta persetujuan untuk menghubungi anda (telefon atau sms) setiap 6 bulan untuk mengetahui tentang status kesihatan peserta. 

Sebahagian dari peserta akan dihubungi semula untuk kami mendapatkan maklumat tambahan, namun ini adalah opsyenal (anda boleh bersetuju atau tidak).

Sebahagian peserta juga akan diminta untuk penilaian dan pengukuran, namun ini juga adalah opsyenal.

Segala maklumat akan disimpan dengan rahsia dan terkawal ketat. Tiada sebarang maklumat tentang mana-mana peserta yang akan diberikan kepada mereka di luar projek Projek Kohort Malaysia ini.       

 

6.   WHAT SHOULD YOU DO IF YOU WANT TO TAKE PART?

If you agree to take part, you can do either one of the following:

  1. Call us at this number 1800-88-2007 / 03-9171 0415; OR
  2. Fax your information at 03-9171 0397

6.   APAKAH YANG PATUT DILAKUKAN JIKA ANDA INGIN MENGAMBIL BAHAGIAN?

Jika anda bersetuju untuk mengambil bahagian, anda boleh melakukan salah satu daripada perkara berikut:

  1. Menghubungi kami di talian 1800-88-2007 / 03-9171 0415, atau
  2. Faksimili butir diri di 03-9171 0397

 

7.   WHAT SHOULD YOU DO IF YOU DO NOT WANT TO TAKE PART?

If you decide not to take part, we would be grateful if you could still inform us about your decision and indicate this on the reply card and return the card to us. Alternatively, you can also telephone us to inform about your decision.

7.   APAKAH YANG HARUS ANDA LAKUKAN JIKA ANDA TIDAK MAHU MENGAMBIL BAHAGIAN?

Jika anda memutuskan untuk tidak mengambil bahagian, kami amat menghargai jika anda dapat memaklumkan kepada kami tentang keputusan tersebut dan menyatakan dalam kad jawapan serta memulangkan kad tersebut kepada kami. Anda juga boleh menghubungi kami melalui telefon bagi memaklumkan keputusan anda.

 

8.   WHAT CAN YOU DO IF YOU ARE NOT SURE ABOUT TAKING PART?

If you are still unsure about taking part after reading all the information and if the information given does not answer all of your questions, please telephone us at 1800-88-2007 (available free-of-charge) / 03-9171 0415 and ask for more information. Alternatively, you can obtain more details about The Malaysian Cohort via the internet from the website ukm.my/mycohort/ms/

8.   APAKAH YANG PERLU ANDA LAKUKAN JIKA ANDA TIDAK BERAPA PASTI UNTUK MENGAMBIL BAHAGIAN?

Jika anda masih tidak pasti atau tidak dapat membuat keputusan dan sekiranya maklumat yang kami beri tidak menjawab kemusykilan anda, sila hubungi kami di talian 1800-88-2007 / 03-9171 0415 untuk mendapatkan penjelasan lanjut.  Anda juga boleh melayari laman web Projek Kohort Malaysia di ukm.my/mycohort/ms/untuk maklumat lanjut.

 

9.   DO YOU NEED TO PREPARE YOURSELF FOR THE VISIT TO THE ASSESSMENT CENTRE?

We would need your consent to perform the standard measurements (height, weight, blood pressure, lung function and body composition) and also to take a small sample of your blood.

  1. To get the full value of the blood tests (such as glucose and fat levels), we would like to request that you to fast before the visit by not taking any breakfast (at least for 8 hours before the check-up, whereby you can only drink plain water). We will provide you with some snacks at the study assessment centre once all assessments are completed.
  2. Be prepared to spend about 2 – 3 hours at the study assessment centre.

9.   PERLUKAH ANDA MEMBUAT SEBARANG PERSIAPAN UNTUK KE PUSAT PENILAIAN?

Kami memerlukan persetujuan anda untuk melakukan pengukuran yang piawai (tinggi, berat badan, tekanan darah, fungsi paru-paru, komposisi badan) dan juga bagi mengambil sedikit sampel darah.

  1. Untuk mendapatkan nilai terbaik bagi beberapa ujian asas darah (seperti paras gula dan lemak), anda diminta untuk datang berpuasa (sekurang-kurangnya 8 jam dari waktu pemeriksaan dan dibenarkan untuk minum air kosong sahaja) sebelum datang. Anda akan dibenarkan makan dan minum sebaik sahaja pemeriksaan dan pengambilan darah sempurna. Makanan akan disediakan di pusat penilaian.
  2. Bersedia untuk meluangkan 2-3 jam di pusat penilaian kajian.

 

10.   DO YOU HAVE TO TAKE PART IN THE MALAYSIAN COHORT?

No. Participation is entirely voluntary and it is entirely up to you to decide whether or not to help with this national project. If you do decide to participate, you will be asked to sign a consent form.

10.   ADAKAH ANDA PERLU MENYERTAI THE MALAYSIAN COHORT?

Tidak. Penyertaan adalah secara sukarela dan ianya terpulang kepada anda untuk membuat keputusan untuk membantu dan terlibat dalam projek kebangsaan ini. Jika anda bersetuju untuk mengambil bahagian, anda akan diminta untuk menandatangani borang persetujuan yang disediakan.

 

11.   WHY DO WE NEED YOUR WRITTEN CONSENT?

Your participation in The Malaysian Cohort is entirely voluntary. By signing the consent form, you will be confirming your agreement and willingness to take part. Specifically, you will be agreeing to:

  1. Answer the given questionnaires.
  2. Have some measurements taken.
  3. Give us a sample of your blood and urine for testing (including the genetic information in your DNA) and storage.
  4. Allow us long-term access to your medical records and other relevant records (We would like to emphasize that all information about you will be kept strictly confidential).
  5. Be contacted again in the future in relation to this project.

Please be reminded that even if you have given your initial consent, you are free to withdraw at any time later if you wished to do so. For this study to bring value to the nation, it is most important that very few people withdraw— so please inform the assessment centre if you have any concerns or queries about the project.

11.   KENAPAKAH PIHAK THE MALAYSIAN COHORT AMAT MEMERLUKAN PERSETUJUAN BERTULIS DARIPADA ANDA?

Penyertaan anda dalam Projek Kohort Malaysia adalah secara sukarela.  Dengan menandatangani borang persetujuan, anda telah mengesahkan persetujuan dan kesanggupan untuk mengambil bahagian.  Secara khususnya, anda telah  bersetuju untuk:

  1. Menjawab soal selidik yang disediakan.
  2. Menjalani beberapa ujian pengukuran.
  3. Memberi sampel darah dan air kencing untuk ujian (termasuklah maklumat genetik dalam DNA) dan simpanan.
  4. Membenarkan kami laluan kepada rekod perubatan anda dan rekod yang berkenaan anda untuk membuat susulan (kami ingin menekankan bahawa kesemua maklumat anda adalah sulit).
  5. Dihubungi pada masa akan datang berkenaan dengan projek ini.

Perlu diingatkan walaupun anda telah memberikan persetujuan, anda bebas untuk menarik diri pada bila-bila masa sahaja. Bagi projek ini memberikan faedah yang bernilai kepada negara kita, adalah penting untuk tidak ramai peserta yang menarik diri. Oleh itu, sila memaklumkan kepada pusat penilaian jika anda mempunyai sebarang kemusykilan.

 

12.   DO YOU NEED TO AGREE TO EVERYTHING?

You do not have to agree to everything. If you feel uncomfortable about answering certain questions, then you do not have to answer them. If you do not want to have certain measurements taken or provide a urine sample, please inform our staff.

However, we need your consent and agreement to take your blood sample for storage and any future tests (including genetic information) that might be done for approved research studies. We also need your permission to access your medical records and other relevant records in confidence for many years to come because the data is crucial to this project (even if you are physically and/or mentally incapacitated, or after your death). Having the comprehensive data, especially on your health outcome, would ensure the best of results from this study. If you do not wish to agree to these parts of the study (blood taking and giving us access to the medical records), you will not be able to participate in this study.

12.   ADAKAH ANDA PERLU MEMBERI PERSETUJUAN UNTUK SEMUA PERKARA YANG KAMI PERLUKAN?

Anda tidak perlu bersetuju kepada semua perkara. Jika anda tidak selesa menjawab sesetengah soalan maka anda tidak perlu menjawabnya. Jika anda tidak mahu menjalani sesetengah pengukuran atau memberi sampel air kencing, sila maklumkan kepada staf kami.

Namun kami memerlukan persetujuan dan izin dari anda untuk mengambil sampel darah untuk penyimpanan dan juga ujian pada masa akan datang (termasuk maklumat genetik) bagi tujuan penyelidikan yang diluluskan. Kami juga memerlukan persetujuan anda untuk menyemak rekod perubatan dan lain-lain rekod secara rahsia untuk tahun-tahun akan datang. Ini adalah kerana maklumat tersebut amat penting dan diperlukan untuk projek ini (walaupun anda telah hilang upaya atau telah meninggal dunia). Pengumpulan data dan maklumat yang menyeluruh terutama tentang status kesihatan anda akan memastikan hasil yang terbaik untuk projek kebangsaan ini.

 

13.   ARE THERE ANY RISKS FOR YOU IN JOINING THE MALAYSIAN COHORT?

There is absolutely no risk at all. Taking part in this project should not cause you any harm at all. Please remember that the project aims to observe what happens to participants over the next few decades so that we can learn more about diseases for the benefit of future generations. It is not intended to directly change what happens to the individuals who take part.

It is also important to be reminded that the initial assessment is not a ‘medical or health check-up’. We shall provide you with the results of some of the standard measurements (height, weight, BMI, blood pressure, lung function) taken during the visit, and it will be entirely up to you to decide who else should have this information. However, we shall advise you to see your doctor if the results were abnormal (e.g. high blood pressure, blood sugar and blood cholesterol).

If you are uncomfortable to answer certain questions in the questionnaire, please inform us as you may be able to skip such questions during that visit and seek advice on them. You may also feel some discomfort when you have your blood taken, although this will be performed by trained staff.

In the following years to come, a wide range of tests will be done on your blood and urine samples for approved research studies. Your personal identifiers (i.e. details that might identify you) will be removed from any information and samples provided, in order that they cannot be traced back to you. People usually worry about the results of blood tests that might reduce their chances to get employment or health insurance. However, we guarantee that none of your test results (except those few tests that were done at baseline) will be given back to you, your doctors or anyone else. So, taking part in the study should not have any adverse effects on you, including your employment status and ability to get insurance.

13.   ADAKAH ANDA AKAN TERDEDAH PADA SEBARANG RISIKO JIKA MENYERTAI THE MALAYSIAN COHORT?

Tidak ada risiko sama sekali. Mengambil bahagian dalam projek ini tidak akan membawa sebarang kemudaratan kepada peserta. Anda harus jelas bahawa projek ini bertujuan untuk memerhatikan apa yang akan berlaku pada semua peserta selepas beberapa dekad akan datang supaya kita dapat mempelajari dengan lebih mendalam tentang penyakit agar generasi masa depan mendapat manfaat dan faedah yang tidak ternilai.  Ianya tidak bertujuan untuk mengubah apa yang berlaku kepada mereka yang mengambil bahagian secara langsung.

Kami juga ingin menekankan bahawa pengukuran dan ujian asas yang kami lakukan bukannya  satu ‘pemeriksaan perubatan atau kesihatan’. Kami akan memaklumkan keputusan pengukuran piawai (tinggi, berat, indeks jisim tubuh, tekanan darah, fungsi peparu) yang dilakukan ketika lawatan dan anda yang akan memutuskan siapa berhak untuk memiliki maklumat tersebut.  Walaubagaimanapun, kami akan menasihati anda untuk berjumpa dengan doktor jika keputusan ujian adalah tidak normal contohnya tekanan darah yang tinggi, paras gula dan kolesterol dalam darah yang tinggi.

 Jika peserta tidak selesa untuk menjawab sesetengah soalan, sila maklumkan kepada kami supaya soalan tersebut dilangkau dan kami akan menanyakan soalan seterusnya.  Peserta mungkin akan merasa tidak selesa semasa darah diambil. Namun kami menjanjikan ini dilakukan oleh pekerja yang terlatih. 

Dalam tahun-tahun yang akan datang, pelbagai ujian akan dilakukan pada darah dan sampel urin anda bagi penyelidikan yang telah diluluskan.  Maklumat peribadi anda seperti maklumat terperinci yang mungkin mengenalpasti anda akan dipisahkan daripada mana-mana maklumat dan sampel yang disediakan, supaya data ini tidak boleh dikaitkan kepada anda semula kecuali dengan memecahkan kod tertentu. Peserta selalunya risau tentang keputusan ujian tertentu yang akan mengurangkan peluang mereka untuk mendapat pekerjaan atau insurans kesihatan. Namun kami memberi jaminan bahawa tiada satu pun keputusan anda (kecuali sesetengah ujian yang telah dilakukan) yang akan diberikan kepada anda, doktor atau sesiapa pun. Oleh itu, mengambil bahagian dalam kajian ini tidak akan memberikan sebarang kesan yang merugikan termasuk status pekerjaan anda dan keupayaan untuk mendapat insurans.

 

14.   HOW WILL WE ENSURE THAT INFORMATION ABOUT YOU IS KEPT CONFIDENTIAL?

The Malaysian Cohort has put a number of stringent procedures to protect the confidentiality of participants. These include:

  1. Keeping the information that might identify individuals (personal identifiers such as name and identification card number) separated from other information in the study databases.
  2. Using at least 3 separate identification numbers (or IDs) that link the data from the questionnaire, data from the physical measurements, and the biospecimens.
  3. Computer security to block unauthorized access (e.g. by computer hackers) to the study computers and databases that hold the personal information.
  4. Access to personal information is restricted and controlled within The Malaysian Cohort, and all staff will sign confidentiality agreements and non-disclosure agreement as part of their contracts.
  5. Data or samples provided to researchers will not include any personal identifying details.
  6. All these measures should prevent identifiable information from being used inadvertently or deliberately for any purpose other than the approved research studies.

14.   BAGAIMANAKAH KAMI MEMASTIKAN BAHAWA SEGALA MAKLUMAT TENTANG DIRI ANDA DIRAHSIAKAN?

Projek Kohort Malaysia telah meletakkan beberapa peraturan dan tatacara yang ketat untuk melindungi kerahsiaan peserta.  Ini termasuk:

  1. Mengasingkan maklumat (pengenalan peribadi seperti nama dan nombor kad pengenalan) yang membolehkan individu dikenalpasti daripada maklumat lain dalam pengkalan data kajian.
  2. Menggunakan sekurang-kurangnya 3 nombor pengasingan pengenalan atau ID yang dikaitkan dengan data daripada soal selidik, data daripada pengukuran fizikal dan biospesimen.
  3. Ciri keselamatan komputer untuk menghalang laluan tanpa kebenaran (sebagai contoh oleh pengodam komputer) kepada komputer dan pangkalan data kajian yang mengandungi maklumat peribadi.
  4. Proses mengakses atau mendapatkan maklumat peribadi adalah sangat terhad dan amat terkawal dalam Projek Kohort Malaysia. Semua kakitangan akan menandatangani perjanjian kerahsiaan dan perjanjian tidak mendedahkan maklumat sebagai sebahagian daripada kontrak mereka.
  5. Data dan sampel disediakan kepada penyelidik tidak termasuk pengenalan peribadi yang terperinci.

Kesemua tindakan ini akan mencegah maklumat pengenalan daripada disalahgunakan untuk sebarang tujuan selain daripada penyelidikan yang telah diluluskan.

 

15.   WHO WILL BE ABLE TO USE YOUR INFORMATION AND SAMPLES?

The information and samples from The Malaysian Cohort participants will only be available to medical researchers and scientists who have the relevant scientific and ethics approval for their planned research.

The results of the tests performed on the participants and/or their samples will be added into the study databases so that they can be made available to all approved researchers. The results (tabulated in grouped data and not individual data) of all research studies that are done in The Malaysian Cohort will be published so that the public can benefit from it.

You can be assured that no insurance company or employer who will be given any information on any individual, any sample or any test results. We will also not allow access to the police, security services, relatives or lawyers, unless forced to do so by the Malaysian court of law.

Results of research studies conducted based on The Malaysian Cohort resources will be made available (reported as tabulated grouped data without reference to any individual) to participants and others who might be interested, through our website at http://www.ukm.my/mycohort.

15.   SIAPAKAH YANG BOLEH ATAU DIBENARKAN MENGGUNAKAN MAKLUMAT DAN SAMPEL ANDA?

Maklumat dan sampel daripada peserta Projek Kohort Malaysia hanya akan diberikan kepada para penyelidik perubatan dan saintis yang telah mendapatkan kelulusan saintifik dan etika yang berkaitan untuk penyelidikan yang telah mereka rancangkan.

Hasil ujian yang telah dilakukan pada peserta dan/atau sampel mereka akan dimasukkan ke dalam pangkalan data kajian supaya mereka boleh digunakan oleh penyelidik yang telah diluluskan.  Hasil (dalam bentuk data terkumpul dan bukannya data bagi individu) kesemua penyelidikan yang dilakukan dalam Projek Kohort Malaysia akan diterbitkan agar masyarakat memperolehi faedah daripadanya.

Anda diberi jaminan bahawa tiada syarikat insurans atau majikan yang akan diberikan sebarang maklumat mana-mana individu, sampel atau keputusan ujian.  Kami juga tidak memberikan kebenaran akses kepada polis, perkhidmatan keselamatan, saudara-mara atau peguam kecuali dipaksa untuk mendedahkannya oleh mahkamah undang-undang di Malaysia.

Hasil penyelidikan yang dijalankan dari sumber Projek Kohort Malaysia akan dimaklumkan kepada peserta (dilaporkan sebagai data kumpulan dengan tidak dirujuk kepada mana-mana individu) dan lain-lain yang mungkin berminat melalui laman web kami di http://www.ukm.my/mycohort.

 

16.   HOW DO I WITHDRAW IF I WANT TO DO SO?

You can withdraw at any time during the interview or assessment by informing any of our staff. You will be requested to confirm your withdrawal with a signature.

You can also withdraw after the initial visit by calling us at 1800-88-2007 / 03-9171 0415 (from 8.00 am to 5.00 pm) or by writing to our secretariat. This would allow you to discuss your concerns with us. If and when you have made up your mind to withdraw, we will send a withdrawal form for you to confirm your wishes in writing.

16.   BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK ANDA MENARIK DIRI JIKA MAHU?

Anda boleh menarik diri pada bila-bila masa semasa ditemuduga atau semasa penilaian dengan memaklumkan kepada kakitangan kami.  Anda juga boleh menarik diri selepas lawatan ke pusat penilaian dengan menghubungi kami di talian 1800-88-2007 / 03-9171 0415 (8.00 pg hingga 5.00 ptg) atau dengan menulis kepada sekretariat kami. Cara ini akan memberi anda peluang untuk berbincang tentang sebarang kemusykilan dan kerisauan.  Kami akan menghantar borang penarikan diri jikalau anda sudah membuat keputusan untuk menarik diri secara bertulis.

 

17.   WHO IS ORGANIZING AND FUNDING THE MALAYSIAN COHORT?

The Malaysian Cohort is an initiative by the government and it is a project endorsed by the Former Prime Minister himself. It has been set up through the Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI) and has the support of the cabinet. The project is coordinated by the Malaysia Genome Institute and lead by UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI).

The Malaysian Cohort is a non-profit undertaking and MOSTI will act as the legal owner and custodian of the databases and sample collection. In signing the consent form, participants transfer all rights to their samples and data to The Malaysian Cohort (although they may still withdraw at any time).

The Malaysian Cohort is a collaboration involving many medical and health researchers from various institutions in Malaysia who have developed the study design and protocol. The design, protocol and questionnaire have been reviewed by an independent group of international and local scientists and also approved by the Cohort Ethics Committee.

17.   SIAPAKAH YANG MENGENDALIKAN DAN MEMBIAYAI PROJEK THE MALAYSIAN COHORT?

Projek Kohort Malaysia merupakan satu projek inisiatif oleh kerajaan dan ianya mendapat sokongan padu dari Mantan YAB Perdana Menteri kita sendiri. Ianya telah dibangunkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan telah diluluskan oleh kabinet.  Projek ini dikoordinasikan oleh Institut Genom Malaysia dan diketuai oleh Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI).

Projek Kohort Malaysia merupakan projek tanpa keuntungan (non-profit) dan MOSTI bertindak sebagai pemilik sah dan penjaga bagi segala pangkalan data dan pengumpulan sampel.  Dengan menurunkan tandatangan pada borang keizinan, para peserta menyerahkan hak ke atas sampel dan data mereka kepada Projek Kohort Malaysia (tetapi mereka masih mempunyai hak untuk menarik diri pada bila-bila masa sahaja).

Projek Kohort Malaysia merupakan usahasama yang melibatkan penyelidik-penyelidik dalam bidang perubatan dan kesihatan dari berbagai institusi di Malaysia yang telah membangun pendekatan dan protokol kajian.  Soal selidik dan protokol ini telah dikaji semula oleh kumpulan bebas di peringkat antarabangsa dan ahli sains tempatan serta diluluskan oleh Jawatankuasa Etika Kohort (Cohort Ethics Committee).

 

18.   WHO DO I CONTACT IF I HAVE ANY CONCERNS OR ANY QUERIES?

Please do not hesitate to contact us if you have any queries, questions or complaints about anything related to The Malaysian Cohort, and ask to speak directly to one of the study organizers. If you would like to write to the person-in-charge, please send your letter to:

Professor Datuk Dr. A Rahman A Jamal, The Malaysian Cohort, UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI), Jalan Ya’akob Latiff, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur, MALAYSIA

Or email to rahmanj@ppukm.ukm.edu.my

We shall reply to your letter or email promptly; unless if you enclosed your telephone number and wish to discuss your concerns with us over the phone.

18.   SIAPAKAH YANG PATUT ANDA HUBUNGI JIKA TERDAPAT SEBARANG KEMUSYKILAN?

Jangan teragak-agak untuk menghubungi kami jika terdapat sebarang kemusykilan, pertanyaan, atau rungutan tentang Projek Kohort Malaysia. Sila minta untuk bercakap terus dengan salah seorang pegawai projek ini. Jika anda ingin menulis kepada ketua projek, sila hantarkan kepada:

Profesor Datuk Dr. A Rahman A Jamal, The Malaysian Cohort, Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI), Jalan Ya’akob Latiff, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur, MALAYSIA

 atau e-mel kepada rahmanj@ppukm.ukm.edu.my

Kami akan membalas surat atau e-mel dengan segera, melainkan jika anda disertakan sekali nombor telefon dan menyatakan keinginan untuk berbincang secara lisan dengan kami.

 

 

Translate »